Pasukan Selangor sedia mencipta kejutan ke atas pasukan Kedah apabila kedua-dua pasukan bakal bertembung pada peringkat separuh akhir saingan Piala Tun Sharifah Rodziah 2019 yang akan berlangsung esok.

Pengurus Selangor, Suhairi Majid menegaskan meskipun pasukannya dibarisi oleh pemain baru, namun perkara tersebut tidak menjadi halangan untuk cuba mencipta kejutan ke aras skuad Lang Merah.

Suhairi Majid
Sumber Gambar: Asiana.my

“Pasukan selangor dibarisi oleh kebanyakan pemain pemain baru. Kami memang kurang pengalaman dalam pertandingan yang sebesar ini.

“Saya percaya dengan skuad yang dimiliki sekarang dan yakin mereka mampu bersaing di peringkat Separuh Akhir,” katanya.

Selangor menamatkan saingan di tangga keempat daripada tujuh yang mengambil bahagian pada edisi kali ini. Red Giants merekodkan dua kemenangan, dua seri dan dua kekalahan.

Keputusan Selangor dalam perlawanan peringkat kumpulan:

ATM 0 – 2 Selangor
Selangor 1 – 1 Melaka
Selangor 0 – 1 PDRM
Kelantan 0 – 3 Selangor
Selangor 1 – 2 Kedah
Perak 0 – 0 Selangor

Table
Sumber Gambar: FAM
Selangor
Barisan pemain Selangor. Sumber Gambar: Asiana.my

Satu lagi pertembungan separuh akhir menemukan pasukan Melaka menentang PDRM. Pemenang akan bertemu di pentas perlawanan akhir dimana perlawanan akan berlangsung di Stadium UiTM pada 14 Julai ini.