Malaysia dan Vietnam mempunyai jodoh yang kuat apabila kedua-dua negara itu diundi dalam kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020. Pada edisi 2018, mereka juga diundi dalam kumpulan sama sebelum bertemu lagi di perlawanan akhir yang menyaksikan Vietnam menjadi juara.

Selain Malaysia dan Vietnam, tiga negara yang turut berada dalam kumpulan B ialah naib juara Piala AFF sebanyak 5 kali iaitu Indonesia serta pasukan di ranking178 dan 186 dunia iaitu Kemboja dan Laos.

Kumpulan A menyaksikan juara Piala AFF 5 kali, Thailand diundi bersama Myanmar, Filipina, Singapura dan pemenang peringkat kelayakan sama ada Timor Leste atau Brunei.

Tuan rumah pertandingan ini belum diumumkan secara rasmi kerana ia bergantung pada situasi semasa wabak pandemik COVID-19. Namun, Federasi Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) merancang untuk meneruskan kejohanan ini dalam format baharu.

Perlawanan dijangka akan berlangsung di gelanggang neutral secara karnival. Terdapat dua negara akan diumumkan sebagai tuan rumah untuk semua perlawanan peringkat kumpulan.

Berdasarkan jadual sebelum ini, Piala Suzuki AFF sepatutnya diadakan sekitar April hingga Mei 2021. Namun, AFF menangguhkannya kepada 5 Disember 2021 hingga 1 Januari disebabkan oleh peningkatan kes wabak pandemik di seluruh dunia ditambah pula dengan kesukaran tuan rumah untuk menganjurkan perlawanan.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Jordan Dan Uzbekistan Uji Kekuatan Harimau Malaya Pada Bulan Oktober

Tawaran TMJ Uruskan Skuad Harimau Malaya Ditolak

Merchandise Rasmi Harimau Malaya Kini Boleh Didapati Di Al-Ikhsan Sports

FAM Tangguh Pengambilan Pemain Naturalisasi Untuk Harimau Malaya