Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam telah berlangsung undian rasmi Piala Suzuki AFF di Singapura secara virtual. Lebih menarik, Malaysia sekali lagi diundi bersama Vietnam dan Indonesia seperti mana yang berlaku pada undian Kelayakan Piala Dunia 2022.

Mengulas mengenai keputusan undian tersebut, Setiausaha Agung Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Yunus Nusi yakin dengan kemampuan skuad Garuda yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman dari Korea Selatan, Shin Tae-yong.

Menurut kenyataannya dalam bola.net, pihaknya akan melakukan persiapan rapi untuk memastikan sasaran layak ke separuh akhir berjaya dicapai mengatasi rekod edisi sebelumnya.

“Kami yakin Indonesia akan mara ke separuh akhir daripada kumpulan B ini.

“PSSI tentu akan mempersiapkan pasukan ini dengan baik dan sokongan penuh daripada jurulatih Shin Tae-yong demi raih prestasi di perlawanan tersebut,” kata Yunus.

Sementara itu, pengendali Indonesia, Shin Tae-yong menyifatkan undian tersebut cukup menarik dan beliau melihat lawan yang bakal dihadapi sangat bagus. Bekas jurulatih skuad Piala Dunia Korea Selatan itu tidak pernah bertemu Malaysia dan hanya sempat menentang Vietnam ketika saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 di Dubai.

“Berada dalam kumpulan B bersama Vietnam dan Malaysia sangat menarik bagi saya. Mereka pasukan yang kuat namun kami akan bekerja keras demi mendapatkan kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Kami akan melakukan persiapan terbaik,” kata jurulatih yang berusia 53 tahun itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Park Hang-seo Anggap Undian Piala AFF Biasa Saja, Tiada Yang Istimewa

Singapura Mungkin Dipilih Sebagai Tuan Rumah Piala Suzuki AFF 2020

Fandi Ahmad Sifatkan Malaysia Bertuah Miliki Luqman Hakim Dan Arif Aiman

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group