Skuad kebangsaan Thailand bakal menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura tanpa khidmat pemain kelab K-League, Jeonbuk Hyundai Motors iaitu Sasalak Haiprakhon apabila beliau disahkan mengalami kecederaan dan masih belum pulih.

Menurut laporan daripada Siamsport, tonggak pertahanan itu  telah mendapat pelepasan daripada Jeonbuk Hyundai Motors namun kelab Korea itu turut memberi amaran terhadap tahap kecederaan Sasalak sekaligus bakal menarik diri daripada saingan Piala AFF.

“Jeonbuk telah melepaskan Sasalak kepada pasukan Thailand tetapi mereka turut memberi amaran dengan berkata pemain itu masih cedera.

“Ini semua bergantung pada keputusan akhir ketua jurulatih, Mano Polking sama ada mahu gunakan khidmat Sasalak atau tidak kerana pemain ini masih belum cergas 100 peratus,” kata Setiausaha Agung Thailand FA, Patit Suphaphong.

Media Thailand turut melaporkan ketiadaan Sasalak tidak memberi masalah kepada pasukan itu kerana mereka akan diperkuatkan oleh beberapa pemain dari luar negara seperti Chanathip Songkrasin (Consadole Sapporo), Theerathon Bunmathan (Yokohama F). . Marinos), Kawin Thamsatchanan (OH Leuven), Thanawat Suengchitthawon (Leicester City) and Jonathan Khemdee (Odense Boldklub).

Bagaimanapun, dua lagi pemain dari kelab eropah iaitu Benjamin James Davis (Oxford United) dan Nicholas Mickelson (Odense Boldklub) tidak dapat menyertai skuad Thailand atas sebab-sebab tertentu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Piala Suzuki AFF 2020 melalui pautan dibawah. 

Teknologi VAR Tidak Akan Digunakan Dalam Piala Suzuki AFF 2020

Kenali Warrix “Asean Pulse”, Bola Rasmi Piala Suzuki AFF 2020

Modal Keras Menanti Ekor Harimau Malaya Ke Singapura, Kos VTL Sahaja Sekitar RM800 Seorang