Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Bola Sepak Laos (Lao) semalam mengumumkan senarai 30 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad kebangsaan negara itu sebagai persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura pada bulan depan.

Dalam senarai pemain itu, nama Billy Ketkeophomphone paling mencuri tumpuan peminat bola sepak Laos kerana mereka akhirnya berjaya mendapatkan khidmat pemain kelahiran Perancis yang mempunyai darah negara itu.

Pemain yang berusia 31 tahun itu mempunyai pengalaman yang luas di eropah kerana pernah beraksi dengan beberapa kelab ternama Ligue 1 Perancis seperti Strasbourg, Angers SCO dan A.J. Auxerre.

Billy kini beraksi dengan kelab divisyen 2 Perancis, USL Dunkerque. Berdasarkan rekod, beliau telah menjaringkan 4 gol dalam 25 penampilan bersama kelab itu.

Beraksi di posisi penyerang dan mempunyai ketinggian 180 cm pasti akan menjadi pilihan utama ketua jurulatih dari Singapura, V. Selvaraj untuk merobek gawang pasukan lawan dalam kumpulan B yang dihuni oleh Vietnam, Malaysia, Indonesia dan Kemboja.

Aksi Billy bersama pemain PSG, Di Maria ketika mewakili S.C. Angers  FOTO: essentiallysports.com

Selain Billy, Laos turut diperkuatkan oleh 3 pemain dari luar negara yang beraksi dalam Liga Thailand iaitu Phoutthasay Khochalern (Samut prakan City),  Mitsada Saitaifah (Satun United) dan Souk Aphone Vongchiekham (Udonthani FC).

Mereka memulakan kempen Piala Suzuki AFF 2020 menentang juara bertahan, Vietnam pada 6 Disember dan kemudian menentang Malaysia pada 9 Disember. Indonesia serta Kemboja akan menjadi lawan terakhir mereka di peringkat kumpulan pada 15 dan 19 Disember.

Senarai 30 pemain Laos ke Piala Suzuki AFF 2020

PENJAGA GOL
• Solasak Thilavong(Young Elephants FC)
• Xaysavath(Young Elephants FC)
• Seeamphone Sengsavang (Young Elephants FC)
• Keo Oudone Souvannasangso, army fc

PERTAHANAN
• Kaharn Phetsivilay (Young Elephants FC)
• Aphixay Thanakhanty (Young Elephants FC)
• Loungleuang Keophouvong, (Young Elephants FC)
• Chitpasong Latthachack (Young Elephants FC)
• Thipphachanh Inthavong (FC Chanthabouly)
• Anantaza Siphongphan (Ezra FC)
• Phoutthavong Sangvilay (Ezra FC)
• Sengdaovy Hanthavong (Viengchanh FC)
• Nalongsit Chanhthalangsy (Viengchanh FC)
• Xeedee Pomsavanh (Army FC)

TENGAH
• Phoutthasay Khochalern (Samutprakan City FC)
• Mitsada Saitaifah ( Satun United)
• Chanthavixay Khounthoumphone (Savannakhet province)
• Phathana Phommathep (Ezra FC)
• Phoutthalak Thongsai (Ezra FC)
• Manolom Phetphakdy (Young Elephants FC)
• Kydavone Souvanny (Young Elephants FC)
• Bounphachan Bounkong (Young Elephants FC)
• Sisawad Dalavong (Army FC)
• Vongphachan Phoutthavong (Twenty Six United)

PENYERANG
• Billy Ketkeophomiphone (USL Dunkerque)
• Souk Aphone Vongchiekham (Udonthani FC)
• Vannasone Douangmaity (Young Elephants FC)
• Somxay Keohanam (Young Elephants FC)
• Visith Bounpaserth (Salavan province)
• Chony Wenpaserth (Ezra FC)

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Thailand Bawa Barisan Terkuat Ke Piala Suzuki AFF 2020, Teerasil Dangda Turut Tersenarai

Piala Suzuki AFF 2020: Stadium Nasional Singapura Jadi Gelanggang Aksi Derbi Nusantara, Malaysia-Indonesia

Undian Kelayakan Piala Asia 2023 Akan Berlangsung Pada Februari 2022

Al Hilal Adalah Raja Bola Sepak Asia Yang Sebenar

Morocco Belasah Singapura 7-1 Dalam Perlawanan Persahabatan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group