Penjaga Kuala Lumpur City (KL City), Kevin Ray Mendoza bakal beraksi dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura apabila berada dalam senarai 27 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan Filipina.

Bagaimanapun, beliau hanya menyertai pasukan itu selepas tamat tugasan bersama KL City untuk aksi final Piala Malaysia 2021 menentang JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini.

Prestasi Kevin dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini cukup cemerlang apabila berada dalam kedudukan teratas dalam senarai jumlah ‘clean sheet’ terbanyak dan kerap kali menyelamatkan gawang KL City daripada dibolosi dengan mudah.

Rekod cemerlang itu menyakinkan ketua jurulatih Filipina, Scott Cooper untuk meletakkannya sebagai penjaga gol utama dalam saingan Piala Suzuki AFF nanti selepas ketiadaan Neil Etheridge yang tidak mendapat pelepasan daripada kelabnya, Birmingham City kali ini.

Turut dipanggil menyertai skuad Filipina ialah 4 bekas pemain yang pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim lalu iaitu Amin Nazari (Kedah), Amani Aguinaldo (PKNP), Iain Ramsay (Felda United) dan Patrick Reichelt (Melaka United).

Mereka turut menyenaraikan 3 pemain yang berpengkalan di eropah iaitu Jesper Nyholm (Djurgardens IF), Harry Foll (FC 08 Villingen) dan Angel Guirado (Alhaurin de la Torre) serta seorang pemain dari kelab Jepun, Jefferson Tabinas (Mito Hollyhock).

Untuk saingan Piala Suzuki AFF 2020, Filipina berada dalam kumpulan A bersama tuan rumah, Singapura, Thailand, Myanmar dan Timor Leste.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Piala Suzuki AFF 2020 melalui pautan dibawah. 

Tiket Perlawanan Piala Suzuki AFF 2020 Sudah Mula Dijual Dengan Harga RM77 Sekeping

Piala Suzuki AFF 2020: Indonesia Beri Amaran Awal, Belasah Myanmar 4-1 Dalam Aksi Persahabatan

Piala Suzuki AFF 2020: Pemain Kelahiran Perancis, Billy Ketkeophomphone Dipanggil Perkuatkan Jentera Serangan Laos

Thailand Bawa Barisan Terkuat Ke Piala Suzuki AFF 2020, Teerasil Dangda Turut Tersenarai