Skuad kebangsaan Myanmar nampaknya sedia memberikan cabaran sengit dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 pada hujung tahun ini apabila memanggil 2 pemain yang berpengkalan di Malaysia iaitu Hein Htet Aung dari Selangor dan Aung Kaung Mann dari Sri Pahang.

Menurut kenyataan rasmi ketua jurulatih, Antoine Hey, kedua-dua pemain itu akan menyertai kem latihan pusat di Turki selepas tamat saingan Piala Malaysia. Kaung Mann dijangka akan menyertai mereka lebih awal apabila Sri Pahang gagal mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas tewas 1-2 kepada Sarawak United.

Manakala khidmat Hein Htet Aung mungkin diperlukan untuk membantu Selangor harungi saingan suku akhir yang bakal bermula pada 14 November ini.

Myanmar yang berada satu kumpulan dengan Singapura, Thailand, Filipina dan Timor Leste sudah pun berada di sana lebih awal dengan membawa 19 orang pemain. Mereka juga bakal menentang pasukan di ranking 141 dunia, Burundi dalam perlawanan persahabatan pada 13 November ini. Selain Burundi, mereka turut menentang Indonesia pada 25 November 2021.

Antara yang tersenarai dalam skuad Myanmar kali ini ialah penjaga gol utama, Myo Min Latt, David Htan, Ye Min Thu, Hlaing Bo Bo, Yan Naing Oo.

Tonggak utama seperti Aung Thu, Kyaw Ko Ko, dan Zaw Min Tun dilaporkan memilih untuk berehat daripada mewalili pasukan kebangaan. Antoine Hey mengesahkan pasukan itu akan diberisi oleh pemain dari generasi baharu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Piala Suzuki AFF 2020 melalui pautan dibawah. 

Modal Keras Menanti Ekor Harimau Malaya Ke Singapura, Kos VTL Sahaja Sekitar RM800 Seorang

Piala Suzuki AFF: Singapura Buat Persiapan Di Dubai, Atur Aksi Persahabatan Menentang Kyrgyzstan Dan Morocco

Indonesia Berkampung Di Turki Buat Persiapan Hadapi Piala Suzuki AFF 2020

Stadium Nasional Dan Stadium Bishan Dipilih Sebagai Venue Rasmi Piala Suzuki AFF 2020

Park Hang-seo Anggap Undian Piala AFF Biasa Saja, Tiada Yang Istimewa