Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan jadual penuh semua perlawanan Piala Suzuki AFF 2020 yang melibatkan pasukan Harimau Malaya bermula pada 6 Disember 2021.

Kejuaraan Asia Tenggara edisi ke-13 ini sepatutnya berlangsung pada penghujung 2020, namun terpaksa ditunda ke April 2021 dan kemudiannya ke tarikh baharu, Disember ini berikutan pandemik COVID-19.

Disebabkan oleh wabak tersebut, pertandingan ini dijalankan secara venue berpusat dan Singapura dipilih sebagai tuan rumah. Stadium Nasional Singapura dan Stadium Bishan dipilih sebagai venue rasmi semua perlawanan kumpulan A dan B.

Malaysia yang berada dalam kumpulan B bersama Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos akan beraksi di Stadium Bishan. Satu berita baik untuk skuad negara kerana mereka tidak perlu beraksi di atas padang rumput tiruan yang kebiasaannya akan memberi kesukaran kepada pemain.

Manakala kumpulan A akan berlangsung di Stadium Nasional Singapura. Kedua-dua stadium tersebut menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia yang akan membantu setiap pasukan mempamerkan corak permainan berkualiti.

Menurut jadual rasmi, Harimau Malaya akan menentang Kemboja pada perlawanan pertama pada 6 Disember dan kemudian menentang Laos pada 9 Disember. Kedua-dua perlawanan ini berlangsung pada pukul 5.30 petang.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu akan bertemu juara bertahan, Vietnam pada 12 Disember sebelum menamatkan perlawanan di peringkat kumpulan menentang Indonesia pada 19 Disember. Dua perlawanan ini diadakan pada sebelah malam pada pukul 8.30.

Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dijadualkan pada 22 Disember hingga 26 Disember. Malah, perlawanan akhir juga berlangsung sebanyak 2 kali pada 29 Disember dan 1 Januari 2022. Semua perlawanan ini akan diadakan di Stadium Nasional Singapura.

Sepanjang 12 edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali pernah bergelar juara pada edisi 2010 ketika dibimbing Datuk K. Rajagobal dan tiga kali muncul naib juara iaitu pada edisi 1996, 2014 dan 2018.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Indonesia Berkampung Di Turki Buat Persiapan Hadapi Piala Suzuki AFF 2020

TERKINI: Mano Polking Diumumkan Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Thailand

Park Hang-seo Anggap Undian Piala AFF Biasa Saja, Tiada Yang Istimewa

Fandi Ahmad Sifatkan Malaysia Bertuah Miliki Luqman Hakim Dan Arif Aiman

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group