Barcelona musim ini berdepan dengan musim yang agak sukar. Malam tadi mereka pastinya berharap dapat menambah trofi dalam kabinet mereka. Sekaligus menjadi motivasi penting untuk memacu mereka pada baki musim ini.

Barcelona beraksi dalam final Piala Super Sepanyol berdepan dengan pasukan dari Basque iaitu Athletic Bilbao.

Namun apa yang berlaku, Barcelona terus dirundung malang selepas musim tanpa trofi musim lalu.

Bukan itu sahaja, bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila kapten mereka Lionel Messi dilayangkan kad merah pertama di dalam kariernya bersama Barca.

Barcelona tampil dengan dominan pada awal perlawanan. Segalanya serba menjadi buat mereka terutama sekali mereka turut menjaringkan gol pada minit ke-40.

Dalam bola sepak itu dianggap  masa paling bagus menjaringkan gol dengan memberikan tekanan kepada lawan sebelum masuk ke ruang persalinan.

Griezmann menjaringkan gol minit ke-40 itu. Malangnya, gol itu hanya bertahan seminit lebih. Kerana Athletic Bilbao menyamakan kedudukan menerusi Oscar De Marcos pada minit ke-42 hasil umpanan Inaki Williams.

Barcelona kembali memulakan misi mereka pada separuh masa kedua. Dan Barcelona di hadapan sekali lagi menerusi Griezmann yang menyempurnakan hantaran Jordi Alba. Barcelona dilihat bakal memberikan trofi pertama buat Koeman dengan baki 13 minit lagi.

Ketika perlawanan seakan akan berakhir dengan kemenangan Barca, pada minit ke-90, pemain yang baru masuk, Asier Villalibre menyamakan kedudukan hasil perancangan licik kapten pasukan, Iker Muniain. Mengheret perlawanan ke masa ekstra.

Baba pertama masa ekstra, Bilbao di hadapan pada minit ke-94 menerusi pemain sensasi mereka Inaki Williams.

Sekali lagi Iker Muniain menjadi arkitek kepada gol untuk pasukannya.

Ketika Barcelona sedang rancak mencari gol penyamaan, kapten mereka Lionel Messi dibuang padang kerana menampar pemain lawan pada baki 10 minit perlawanan.

https://twitter.com/i/status/1350944258501603330

Kelebihan seorang pemain memudahkan lagi tugas Bilbao untuk mempertahankan gol mereka. Dan mereka berjaya menang 3-2 ke atas Barcelona.

Syabas buat Athletic Bilbao.

Baca juga perkembangan lain

Derbi D’Italia: Inter Milan Tewaskan Juventus

North West Derby: Permusuhan Yang Bermula Dari Terusan Kapal Manchester

Ole Yakin Boleh Kejutkan Liverpool Di Anfield