Bayern Munich berjaya memenangi Piala Super Eropah 2020 setelah menewaskan Sevilla dengan skor tipis 2-1.

Namun ia memerlukan Bayern berhempas pulas menewaskan lawan mereka dalam aksi di Puskas Arena, Budapest. Perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan 30 minit.

Sevilla pertama terlebih dahulu menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Ini selepas pengadil perlawanan – Anthony Taylor – memberikan penalti kepada mereka.

Ivan Rakitic dijatuhkan oleh David Alaba di dalam kotak penalti dan Lucas Ocampos tiada masalah meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-13,

Tersentak dengan gol itu, Bayern meningkatkan intensiti permainan mereka untuk mencari gol penyamaan.

Bayern Munich akhirnya berjaya membalas gol tersebut menerusi gol oleh Leon Goreztka pada minit ke-34.

Goretzka berjaya menyempurnakan hantaran oleh Robert Lewandowksi.

Perlawanan kemudian terus didominasi oleh juara eropah enam kali. Bayern Munich melakukan banyak percubaan ke arah gol tetapi gagal untuk menembusi gawang Sevilla.

Sepanjang perlawanan Bayern mencetak 25 percubaan ke arah gol. Tetapi kualitinya agak mengecewakan kerena 6 sahaja percubaan itu tepat.

Pertahanan dan penjaga gol Sevilla cemerlang melakukan 8 hadangan sepanjang perlawanan ini.

Pada masa tambahan, Javi Martinez yang masuk sebagai pemain gantian telah meleraikan ikatan kedua dua pasukan pada minit akhir separuh pertama masa tambahan.

Martinez mencetak gol kedua mini ke-104. Yang turut menjadi gol kejuaraan untuk pasukannya.

Sevilla gagal untuk menyamakan kedudukan. Bayern Munich akhirnya menjadi juara Piala Super Eropah edisi 2020.

Thomas Muller dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan final.

Baca juga perkembangan lain

RASMI: Mendy Memang Sudah Berimpian Bermain Untuk Chelsea Dan Lampard

RASMI: Suarez Sertai Atletico, Morata Ke Juventus

Turun Sebagai No.10, Havertz Skor Hatrik Dalam Kemenangan 6-0 Chelsea