Jaringan hatrik daripada ketua pasukan, Lee Tuck dan satu jaringan daripada pemain muda, Muhammad Syafik berjaya membawa pasukan Terengganu FC (TFC) ke pentas akhir kejohanan Sheikh Kamal International Club Cup 2019 selepas menewaskan kelab dari Liga India, Mohun Bagan FC, 4-2.

Mereka akan menentang pasukan tuan rumah, Chittagong Abahani yang berjaya menewaskan satu lagi kelab dari India, Sree Gokulam Kerala, 3-2 di peringkat separuh akhir.

73541623_2209548946012179_1489504682706468864_n
FOTO: Sheikh Kamal Cup

Walaupun skuad TFC kebanyakan dibarisi oleh pemain muda, mereka berjaya menampilkan aksi positif dan memperolehi pengalaman yang berguna di peringkat antarabangsa dalam proses mematangkan mereka.

Sebelum ini TFC menewaskan juara Liga India, Chennai City FC (5-2) dan terikat tanpa jaringan dengan kelab Bangladesh, Dhaka Abahani. Kemudian, mereka mencatat kemenangan ke atas Bashudhara Kings, 4-2 sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan.

73381356_806302963133720_2095634669658701824_n
FOTO: TFC

Kejohanan itu disertai oleh 8 kelab dari negara yang berbeza dari Maldives, India, Laos, Malaysia dan tuan rumah sendiri, Bangladesh. 8 kelab ini dibahagikan kepada dua kumpulan yang mempunyai 4 pasukan.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada hari esok pukul 8.00 malam waktu Malaysia. Juara kejohanan ini akan membawa pulang 50,000 Dollar.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Terengganu FC melalui pautan dibawah:

Piala Sheikh Kamal: Terengganu FC Bakal Bertemu Mohun Bagan Di Separuh Akhir

Terengganu FC Cari Calon Pengarah Teknikal Untuk Liga Malaysia Musim Depan

Nafuzi Zain Kekal Sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC