Semalam skuad Terengganu FC melakar kejutan apabila menundukkan pasukan Bashudhara Kings dengan jaringan 4-2 untuk sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 3 perlawanan dalam kejohanan jemputan, Piala Sheikh Kamal di Bangladesh.

Satu gol daripada Azalinullah dan tiga lagi jaringan daripada ketua pasukan, Lee Tuck berjaya membawa pasukan ini ke peringkat separuh akhir bertemu kelab gergasi dari India, Mohun Bagan FC pada hari esok.

Sebelum ini mereka menewaskan juara Liga India, Chennai City FC (5-2) dan terikat tanpa jaringan dengan kelab Bangladesh, Dhaka Abahani.

73229903_2206935582940182_4667605350160007168_n
FOTO: Sheikh Kamal Cup

Kejohanan itu disertai oleh 8 kelab dari negara yang berbeza dari Maldives, India, Laos, Malaysia dan tuan rumah sendiri, Bangladesh. 8 kelab ini dibahagikan kepada dua kumpulan yang mempunyai 4 pasukan.

Satu lagi aksi separuh akhir menemukan juara kumpulan A iaitu kelab Bangladesh, Chittagong Abahani dengan kelab India, Gokulam Kerala FC yang akan berlangsung pada malam ini.

Kejohanan ini juga merupakan peluang untuk pemain Terengganu FC terutamanya pemain muda untuk beraksi di peringkat yang lebih mencabar di peringkat antarabangsa dalam proses mematangkan mereka.

Perlawanan akhir akan diadakan pada 30 Oktober 2019 dan pemenang akan membawa pulang 50,000 Dollar.

Lagi artikel menarik mengenai pasukan Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Terengganu FC Tidak Sambung Kontrak Ahmad Syamim Yahya

Terengganu FC Cari Calon Pengarah Teknikal Untuk Liga Malaysia Musim Depan

Nafuzi Zain Kekal Sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC