Pemain Arsenal, Pierre Emerick Aubameyang disahkan berada dalam senarai pemain skuad Gabon untuk menyertai kejohanan Piala Raja Thai 2018 yang akan berlangsung dari 22 hingga 25 Mac 2018.

3 buah negara telah dijemput untuk menyertai kejohanan tahunan itu seperti Gabon, Slovakia dan juga UAE selain skuad kebangsaan Thailand.

Mengikut senarai pemain skuad Slovakia yang diterima, mereka telah mengesahkan penyerang sensasi Napoli dalam Serie A, Marek Hamsik serta bekas pemain pertahanan Liverpool, Martin Skrtel berada senarai skuad ke Bangkok itu nanti.

3 Pasukan Jemputan Berada Dalam Top 100 FIFA Ranking

Berdasarkan kepada kemaskini FIFA Ranking 15 Februari 2018, semua pasukan jemputan ke kejohanan Piala Raja Thai berada dalam kedudukan Top 100.

Slovakia merupakan pasukan paling tinggi FIFA Ranking dari semua pasukan dalam kejohanan ini apabila berada pada ranking 28 dunia, diikuti oleh UAE pada ranking 78, Gabon diranking ke 95 dunia. Tuan rumah Thailand pula menghuni kedudukan 129 dunia.

2018-03-11_12-13-57

Mengikut rekod kejohanan, ini adalah penyertaan pertama Gabon dalam edisi ke 46 ini, manakala Slovakia pula adalah bekas juara pada edisi 2004. Pencapaian terbaik UAE pula adalah muncul pasukan ke 4 terbaik pada edisi 2016.

Semua Perlawanan Berstatus ‘International A’

Berdasarkan kemaskini dalam laman web rasmi FIFA, perlawanan pusingan pertama diantara Thailand bertemu Gabon dan Slovakia bertemu UAE pada 22 Mac, diiktiraf sebagai perlawanan persahabatan kelas A yang akan memberikan mata kepada pengiraan FIFA Ranking negara tersebut.

2018-03-11_12-10-45

Ini merupakan salah satu daya penarik kepada pasukan yang menyertai kejohanan Piala Raja Thai, kerana mereka mempunyai 2 perlawanan persahabatan dalam tempoh 3 hari berhadapan dengan lawan yang kuat serta diikritaf oleh FIFA sebagai perlawanan rasmi.

Senarai Penuh Pemain Piala Raja Thai 2018

Gabon

2018-03-11_11-52-43

Slovakia

2018-03-11_11-52-25

UAE

2018-03-11_11-53-09