Skuad B-22 Tahun negara berjaya muncul Piala Merlion 2023 setelah menewaskan pasukan Hong Kong pada perlawanan akhir namun kemenangan tersebut diwarnai oleh dua kesilapan besar yang dilakukan oleh penjaga gol iaitu Rahadiazli Rahalim.

Rahadi menjadi pilihan ketua jurulatih, E.Elavarasan bagi mengisi kesebelasan utama dan beliau beraksi pada dua perlawanan iaitu ketika menentang Kemboja dan Hong Kong.

Pada perlawanan pertama, Rahadi membuat kesilapan dimana beliau gagal menangkap dengan kemas bola sekaligus membenarkan Lim Pisoth mencuri bola dan menjaringkan gol pertama Kemboja pada perlawanan tersebut. Mujur pasukan negara muncul sebagai pemenang dengan keputusan 4-2.

Rahadiazli sekali lagi membuat kesilapan pada aksi bertemu Hong Kong dimana beliau gagal untuk mengeluarkan bola yang sedang dikejar oleh penyerang Hong Kong. Penjaga gol Terengganu itu terlepas bola sekaligus membolehkan Lau Ka Kiu merapatkan jaringan pada minit ke-80.

Peminat nyata kecewa dengan prestasi yang ditampilkan oleh penjaga gol berusia 21 tahun ini memandangkan beliau merupakan antara penjaga gawang utama bagi beraksi bersama skuad senior negara.

Selepas membuat dua kesilapan yang boleh membawa padah terhadap pasukan negara, ada segelintir peminat yang mahu Elavarasan agar menilai semula prestasi Rahadi sebelum saingan Sukan SEA 2023 di Kemboja bermula.

Antara penjaga gol yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada Rahadi dalam saingan Sukan SEA 2023 nanti ialah Sikh Izhan Nazrel yang ketika ini beraksi bersama skuad senior negara.

Sejak dipinjamkan ke Negeri Sembilan, penjaga gol berusia 21 tahun itu menampilkan prestasi yang cukup baik sehingga menarik perhatian pengendali pasukan negara, Kim Pan-gon untuk memanggil beliau bagi menyertai kem latihan pusat untuk menghdapi dua perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong.