Kapten skuad Malaysia bawah 18 tahun (B-18), Muhammad Mukhairi Ajmal berpeluang berada dalam kesebelasan utama skuad PKNP FC menentang UiTM FC dalam saingan Piala Malaysia malam ini.

Pengendali pasukan PKNP FC, Abu Bakar Fadzim menjelaskan beliau mahu memberikan lebih banyak minit permainan kepada pemain muda supaya mereka dapat menimba pengalaman beraksi di peringkat tertinggi dalam saingan domestik.

Selain Mukhairi Ajmal, seorang lagi pemain muda yang akan diberi peluang itu ialah Muhammad Aidil Azwan daripada skuad Piala Presiden.

“Kami kena beri peluang kepada pemain muda beraksi agar mereka dapat menimba pengalaman,” katanya dalam Stadium Astro.

malaysia
Mukhairi Ajmal memakai jersi Nombor 7. FOTO: NFDP

Mukhairi Ajmal menjadi buah mulut peminat bola sepak tempatan apabila mempamerkan aksi yang menarik di bahagian tengah skuad negara ketika beraksi dalam kejohanan AFF B-18 bulan lepas.

Kehadiran pemain itu tepat pada masanya ketika negara masih ketandusan pemain tengah berkaliber selepas era Safiq Rahim.

Mengulas mengenai pertemuan menentang UiTM, Abu Bakar menyifatkan perlawanan itu merupakan misi hidup dan mati kerana mereka tidak boleh tercicir 3 mata lagi untuk membuka peluang ke suku akhir.

67230432_2364967573824289_2780296780703596544_n
FOTO: PKNP FC

Setakat ini, PKNP FC mengutip empat mata dan berada di belakang Johor Darul Ta’zim (10 mata) dan Petaling Jaya City FC (9 mata).

“Memang tugas kami sukar tetapi tiada yang mustahil dalam bola sepak.

“Saya berharap pemain saya memberi persembahan terbaik mereka dalam baki dua perlawanan ini, ” katanya.

Tahukah anda, Mukhairi Ajmal pernah beraksi dalam saingan Liga Super apabila dimasukkan sebagai pemain gantian sebanyak dua kali. Klik pautan dibawa untuk membaca dengan lebih lanjut.

Abu Bakar Fadzim Mahu Beri Lebih Banyak Minit Permainan Kepada Mukhairi Ajmal

Sumber