Badan pentadbir Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) kelmarin telah mengumumkan perlawanan terakhir kumpulan B Piala Malaysia diantara PKNP FC menentang Petaling Jaya City (PJ City FC) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak pada hari ini, terpaksa ditunda kepada satu tarikh baharu.

Hal ini kerana beberapa pemain PJ City FC dijangkiti virus Influenza B dan menyebabkan kesihatan mereka terjejas untuk meneruskan perlawanan tersebut. Justeru itu, MFL telah memaklumkan perlawanan berkenaan akan diadakan pada 20 September ini di venue yang sama pada pukul 9 malam.

Bagaimanapun, aksi suku akhir pertama yang melibatkan pasukan Juara Kumpulan A dan Naib Juara Kumpulan B terpaksa dipinda pada 24 September ini.

Dalam saingan kumpulan B, PJ City kini menghuni kedudukan kedua dengan 9 mata manakala PKNP FC di tangga ketiga dengan 7 mata. Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telahpun mengesahkan tiket ke suku akhir selaku Juara Kumpulan B selepas mengutip 13 mata.

Dalam pada itu, MFL turut memaklumkan mereka telah meluluskan permohonan pasukan Sarawak untuk menukar tarikh perlawanan separuh akhir pertama Piala Cabaran menentang UKM FC di Stadium Negeri, Petra Jaya daripada 21 Sept kepada 22 Sept.

MFL memaklumkan perlawanan berkenaan kekal berlangsung pada pukul 8.15 malam.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Piala Malaysia 2019. Klik pautan dibawah.

Kedah Kehilangan Khidmat Renan Alves Dan Edgar Bernardt

Jaringan Syafiq Ahmad Bantu JDT Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2019

Pahang Pasukan Pertama Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2019

Sumber