Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2021 diantara Terengganu (TFC) menentang JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasukan itu masing-masing mencatat kemenangan 1-0 dalam saingan Liga Super dan ia dijangka berlangsung lebih sengit untuk merebut tiket ke perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tambahan pula, TFC tekad mengulangi kejayaan pada tahun 2018 apabila mereka menewaskan JDT dengan aggregat 3-1 di pringkat separuh akhir. Piala Malaysia pada tahun ini menawarkan tiket ke Piala AFC 2022 sekaligus meningkat lagi semangat mereka.

“Pada tahun 2018, kita menewaskan JDT dengan aggregat 3-1 untuk mara ke final bertemu Perak.

“Untuk liga musim ini pun kita dah biasa bertemu dan saya rasa ia akan beri sedikit keyakinan kepada pemain supaya tidak gugup dan bermain dengan cemerlang,” kata pengendali TFC, Nafuzi Zain kepada Bernama.

Terengganu

Mengulas mengenai persiapan bertemu juara Liga Super 8 kali itu, Nazufi membuat perancangan teliti dan memberi fokus memperkuatkan jentera serangan untuk merobek kubu pertahanan JDT yang sukar dibolosi.

Beliau juga rahsiakan kesebelasan utama dan mendedahkan seorang lagi pemain import dari Filipina iaitu Carli de Murga kini sudah turun menjalani latihan.

“Kita perlu rancang dengan teliti untuk hadapi pertahanan JDT dan jaringkan gol.

“Saya belum tentukan kesebelasan utama, tetapi Carli De Murga sudah menjalani latihan bersama pasukan dan kita tengok esok macam mana (sama ada boleh bermain atau tidak),” jelas Nafuzi.

Bagi ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora, beliau menjangkakan tentangan hebat akan diberikan oleh Terengganu di hadapan ribuan penyokong sendiri.

“Aksi separuh akhir semestinya akan menjadi satu perlawanan yang sukar, kita semua tahu Terengganu sebuah pasukan baik tambahan sentiasa menjaringkan gol.

“Bermain di Terengganu selalu sukar cuma keadaan padang di sana mungkin boleh membantu untuk kami bermain cara bola sepak yang diinginkan.

“Namun semua tahu mereka juga mahu menang, begitu juga dengan kami dan sudah pasti kedua-dua pasukan akan berikan yang terbaik dalam perlawanan ini,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Piala Malaysia 2021: Kuala Lumpur City Dihukum Bermain Tanpa Penonton

Michael Feichtenbeiner Diumumkan Sebagai Ketua Jurulatih Selangor Untuk Tahun 2022

TMJ: “Kalau Setakat Upgrade Fasiliti Sikit, Jual Baju Dan Buat Video, Real Chukai FC Pun Boleh Buat.”

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group