Sri Pahang sekali lagi mengamuk berpesta gol apabila mencatat kemenangan 5-0 ke atas Penang dalam perlawanan ke-4 peringkat kumpulan Piala Malaysia 2021 di Stadium Bandaraya.

Ini adalah kemenangan terbesar skuad tok gajah di tempat lawan pada musim ini setelah mengalami kemerosotan prestasi sejak dalam saingan Liga Super. Ia juga merupakan kemenangan besar kedua ke atas pasukan Penang ketika mereka bertemu di Stadium Darul Makmur dimana Sri Pahang merekodkan kemenangan 4-0.

Pesta gol tok gajah bermula pada minit ke 10 menerusi rembatan deras penyerang import dari Australia, Kenny Athiu selepas menerima bola daripada Malik Mat Ariff.

Jaringan tersebut telah meningkatkan semangat pasukan pelawat untuk terus mengandakan asakan serta memberi tekanan kepada barisan pertahanan Penang.

11 minit kemudian, seorang lagi pemain import Sri Pahang, Yakubu Abubakar menambah gol kedua selepas melakukan rembatan cantik dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol tuan rumah, Brian See.

Jaringan tersebut turut mendapat pujian daripada para peminat bola sepak tempatan di media sosial.

Penang cuba bangkit namun mereka seolah-olah seperti kehilangan punca selepas ketiadaan beberapa tonggak utama seperti Casagrande, Khairu Azrin, Quentin Cheng dan Sam Sommerville.

Kenny Athiu sekali lagi membuktikan ketajaman penyudah apabila menanduk masuk gol ketiga hasil hantaran daripada Manuel Hidalgo pada minit ke 35. Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Sri Pahang terus menambah satu lagi gol pada minit ke 57 melalui Malik Mat Ariff.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh sebelum ini memberi taklimat kepada Malik supaya mengambil inspirasi daripada aksi yang ditunjukkan oleh bintang Liverpool, Mohammed Salah ketika membenam Manchester United 5-0 minggu lalu.

“Saya cakap kat dia, Malik awak tengok Liverpool lawan MU, macam mana Salah buat, Salah lari kanan kiri, turun apa semua, awak buat macam gitu, pasti pasukan akan berubah. Alhamudulillah, dia buktikan,” kata Dollah ketika sidang media di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

10 minit sebelum tamat perlawanan, Kenny Athiu melengkapkan jaringan hatrik pada musim ini untuk gol kelima seolah-olah seperti keputusan perlawanan Manchester United menentang Liverpool di Old Trafford.

Penang sudah tidak berdaya lagi untuk mendapatkan satu gol dan keputusan tersebut kekal sehingga pengadil meniup wisel penamat perlawanan.

Kemenangan itu juga turut mencerahkan peluang Sri Pahang untuk melangkah ke suku akhir apabila mengutip 6 mata dan hanya dipisahkan 2 mata dengan pendahulu kumpulan A, Kuala Lumpur yang mencatat keputusan seri 2-2 ke atas Sarawak United hari ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Nafi Ada Potongan Gaji 50%, Selangor Sentiasa Bayar Gaji Penuh ‘On Time’

JDT:”Marshall Berdiri Membentuk ‘Human Barricade’, Marshall Diberi Amaran Kerana Menonton Perlawanan.”

Kekurangan Anggota Petugas, Kuching City Tidak Benarkan Penyokong Masuk Di Stadium Larkin

MFL Kini Mempunyai Akaun Rasmi TikTok

Kem Latihan Harimau Malaya Bermula Selepas Tamat Separuh Akhir Piala Malaysia