Aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menjanjikan persaingan yang sengit kerana empat pasukan iaitu JDT, Selangor, Kedah dan Pahang masih berpeluang untuk merebut tiket ke perlawanan akhir.

Juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor tiada pilihan lain dan perlu menewaskan JDT sekurang-kurangnya 1-0 di Stadium Shah Alam manakala Pahang yang berjaya membawa bekalan 3 gol dari Alor Star perlu manfaatkan kelebihan di halaman sendiri.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata dalam Berita Harian menyifatkan tugas sukar sedang menanti Selangor kerana JDT merupakan pasukan yang serba lengkap dengan barisan pemain berkualiti di setiap posisi.

Bagaimanapun, ianya tidak mustahil untuk Selangor menewaskan JDT jika mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.

“Kita lihat JDT lebih mengawal keseluruhan perlawanan (separuh akhir pertama), tapi komitmen yang diberikan pemain Selangor begitu tinggi. Kalau tidak kerana sedikit kealpaan di bahagian pertahanan, saya rasa perlawanan itu mungkin berkesudahan seri.

“Walaupun sudah lama Selangor tidak mengecapi kejayaan, tapi rekod masih dipegang mereka dan saya yakin Selangor juga akan mendapat semangat tambahan daripada penyokong sendiri.

“Cuma JDT ini satu pasukan yang seimbang di setiap posisi dan dengan pengalaman serta kualiti pemain mereka, saya rasa mereka tidak gentar untuk bertandang di tempat lawan,” katanya.

K.Sarkunan
FOTO: FA Selangor

Wan Jamak turut mendedahkan beliau lebih suka melihat JDT menentang Pahang di pentas perlawanan akhir memandangkan kedua-dua pasukan ini merupakan dua pasukan teratas Liga Super dan dibarisi oleh beberapa pemain skuad kebangsaan.

“Pahang berjaya menjaring tiga gol di sana (Alor Setar), jadi kita boleh lihat kekuatan mereka. Tapi Kedah juga berjaya mendapatkan tiga gol.

“Kita anggap perlawanan ini 0-0 dan pasukan mana yang melakukan kesilapan akan dihukum. Tapi saya sebenarnya suka melihat JDT berdepan Pahang di final,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Piala Malaysia 2019 yang mungkin anda terlepas pandang.

Tiada Pengadil Import Untuk Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019

Piala Malaysia 2019: Azamuddin Akil Sedia Bawa Kedah Ke Pentas Final

Taylor Regan Mahu Ulang Pencapaian Robert Cornthwaite Julang Piala Malaysia Untuk Selangor

Sumber