Tiga gol dalam masa 5 minit sudah cukup memastikan skuad Tok Gajah membawa bekalan selesa untuk perlawanan suku akhir kedua menentang Melaka United di Stadium Darul Makmur pada minggu hadapan.

Skuad kendalian Dollah Salleh itu bermula dengan garang dan tampak tidak mempunyai masalah untuk menguasai perlawanan tersebut sehingga memaksa pemain Melaka bertahan sepanjang separuh masa pertama.

Namun, bencana sebenar mula menimpa anak buah Zainal Abidin dalam 45 minit yang seterusnya. Hantaran lintang cantik oleh Matthew Davies singgah tepat di kepala Lazarus Kaimbi lalu menanduk masuk untuk gol pertama Pahang pada minit ke 57.

Seminit kemudian, Dickson Nwakaeme memperdayakan dua pemain pertahanan Melaka United sebelum menghantar bola ke Wan Zaharulnizam dan disudahkan dengan satu rembatan cantik menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Jaringan tersebut turut mengundang pelbagai kecaman daripada penyokong tuan rumah yang berang dengan kelemahan benteng pertahanan.

Belum sempat Melaka memperkemaskan corak permainan, Dickson Nwakaeme sekali lagi menambah duka lawan denga menanduk masuk untuk gol ketiga Pahang setelah menerima hantaran daripada Mohamadou Sumareh pada minit ke 61.

Keputusan 3-0 terus kekal sehingga tamat perlawanan dan mencerahkan peluang skuad Tok Gajah untuk mara ke separuh akhir bertemu Kedah atau PKNP FC. Satu lagi aksi suku akhir Piala Malaysia semalam menyaksikan juara bertahan, Perak menewaskan Selangor, 1-0 di Ipoh.

Lagi artikel menarik berkaitan dengan perkembangan Piala Malaysia 2019, klik pautan dibawah.

B.Satianathan Seru Penyokong Selangor Untuk Penuhi Stadium Shah Alam

Jaringan Syafiq Ahmad Bantu JDT Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2019

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group