Jualan tiket perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2019 di antara Kedah menentang Pahang di Stadium Darul Aman pada 19 Oktober ini laris bagaikan pisang goreng panas apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan semua tiket dalam talian sudah habis dijual.

Tiket tersebut dijual melalui aplikasi beli belah dalam talian iaitu Shopee yang menawakan pembelian satu percuma satu berjumlah 2000 keping tiket. Ini bermakna 4,000 keping tiket telah berjaya terjual dalam masa yang singkat.

Shopee merupakan rakan penaja MFL yang telah mengadakan promosi penjualan tiket melalui laman atas talian sejak awal musim 2019 melibatkan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

72085470_2765507873481672_1655216211887128576_n

FOTO: FA Kedah

Menurut kenyataan daripada KFA, baki tiket perlawanan akan dijual sehari awal di kaunter tiket Stadium Darul Aman iaitu pada hari Jumaat, 18 Oktober. Perlawanan tumpuan menentang skuad Tok Gajah ini merupakan aksi yang dinantikan dan juga aksi terakhir skuad hijaukuning di Alor Setar bagi musim 2019.

Kedah selaku juara Piala FA 2019 kini buru gelaran kedua iaitu sebagai juara Piala Malaysia sekaligus melengkapkan musim yang cemerlang bagi skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Kedah dalam Liga Malaysia melalui pautan dibawah.  

Kedah Enggan Jadi Jaguh Kampung, Mahu Buktikan Kehebatan Di Asia

Kedah Raih Kejuaraan Piala FA Kali Kelima

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group