Malam ini, aksi suku akhir Piala Malaysia akan membuka tirainya membabitkan perlawanan Terengganu FC menentang juara liga super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Pengendali skuad penyu, Nafuzi Zain mengingatkan anak buahnya agar berwaspada dan memberi fokus 100% di atas padang kerana mereka bakal berdepan pasukan yang memiliki reputasi yang hebat serta dibarisi oleh ramai pemain berkualiti.

71479888_775885252842158_7838625055356485632_n
FOTO: TFC

Bagaimanapun, beliau yakin dengan kemampuan pemain dan menuntu mereka mempamerkan aksi terbaik di hadapan ribuan penyokong sendiri.

“Dalam mana-mana perlawanan, tekanan sentiasa ada kerana kami mahu menang. Lebih-lebih lagi, JDT adalah pasukan terbaik Malaysia.

“Tetapi ini padang kami, jadi bermainlah bermati-matian untuk mengekalkan lencana di dada,” katanya dalam Bernama. 

70791966_775888646175152_7097675280478633984_n
Nafuzi Zain memerhati sesi latihan pemain semalam. FOTO: TFC

Tahun lepas, Terengganu yang dibimbing oleh Irfan Bakti pernah menewaskan JDT dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia dan seterusnya layak ke peringkat akhir.

Penyerang pasukan itu, Malik Mat Ariff, berkata meskipun JDT dibarisi oleh ramai pemain bintang, ia bukan penghalang untuk mereka mengulangi kemenangan seperti musim lalu.

“Tiada perkara yang mustahil dan kedua-dua pasukan mempunyai peluang cerah untuk menang jika disertakan dengan kerja keras dan strategi permainan yang betul.

“Saya mohon kepada semua penyokong skuad Penyu supaya datang memberi sokongan kepada kami di stadium kerana aura penonton amat penting bagi menaikkan semangat pemain,” katanya.

Tahukah anda, perlawanan Piala Malaysia di antara PKNP FC menentang Petaling Jaya City (PJ City) sekali lagi ditunda ke tarikh baharu.

Piala Malaysia 2019: Perlawanan PKNP FC Menentang PJ City Ditunda Lagi

Sumber