Kelab bola sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) sedia lakar kejutan dalam pertemuan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang juara Piala FA 2019, Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Manjung malam ini.

Pengendali pasukan itu, Abu Bakar Fadzim menuntut anak buahnya mempamerkan aksi terbaik dan memastikan gawang tidak mudah dibolosi untuk membawa bekalan yang selesa ke tempat lawan minggu depan.

“Mesti berazam dan mempunyai cita-cita tinggi (untuk menang) dan paling penting jangan bolos. Ia akan menjadi sukar kalau kita dibolosi atau tewas kerana aksi di Kedah bukan mudah, malah kita ada sejarah tewas dengan mereka dalam Piala Malaysia sebelum ini.

“Jadi suku akhir pertama penting untuk merencanakan permainan kedua nanti,” katanya pada sidang media.

70844689_2412571612397218_9166545440525516800_n
FOTO: PKNP FC

Berdasarkan rekod pertemuan musim ini, Kedah pernah menewaskan PKNP FC 2-0 dalam saingan Liga Super di Manjung namun mereka terikat 1-1 ketika di Stadium Darul Aman pada Julai lalu.

Sementara itu, bintang muda Kedah, Fayyadh Zulkifli menegaskan beliau dan rakan sepasukan tidak akan memandang mudah pada cabaran PKNP kerana setiap pasukan memiliki kelebihan yang tersendiri.

“Kita tidak sesekali memandang mudah pada PKNP termasuk juga mana-mana cabaran dalam saingan Piala Malaysia ini kerana setiap pasukan memiliki kelebihan masing-masing dan mampu melakukan kejutan sekiranya kita mudah leka.

“Meskipun kedudukan pada Liga Super antara Kedah dan PKNP FC pada musim ini adalah jauh dari segi jurang mata, namun itu tidak bermakna mereka pasukan yang mudah kita hadapi.

“Dalam keterujaan menempuh aksi pertama saingan lapan terakhir itu di Manjung kali ini, Fayadh mahu meningkatkan lagi usaha lam membantu skuad Lang Merah membawa bekalan yang selesa ke Darul Aman.

“Kita perlu bekalan dan elak dibolosi, itu cabaran perlu dihadapi dan tidak boleh sedikitpun leka sepanjang 90 minit perlawanan”,” katanya dalam Arena Metro

Lagi artikel menarik berkaitan dengan perkembangan Piala Malaysia 2019, klik pautan dibawah.

Piala Malaysia 2019: Tok Gajah Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

B.Satianathan Seru Penyokong Selangor Untuk Penuhi Stadium Shah Alam

Sumber