Skuad tok gajah kemungkinan akan turun menentang Melaka United pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia dengan barisan kedua malam ini apabila beberapa tonggak utama dilaporkan mengalami kecederaan dan digantung perlawanan.

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengesahkan perkembangan itu dalam Stadium Astro, sambil menegaskan beliau masih mempunyai beberapa pemain simpanan yang boleh diharapkan.

Antara pemain yang mengalami kecederaan ialah Norshahrul Idlan Talaha, Nor Azam Azih dan Muslim Ahmad. Manakala Mohamadou Sumareh digantung satu perlawanan dan seorang pemain import, Safuwan Baharudin terpaksa pulang ke Singapura kerana datuknya meninggal dunia. 

“Datuk kepada Safuwan meninggal dunia dan dia pulang ke Singapura semalam tetapi saya mendapat maklumat dia akan kembali juga (ke Kuantan sempena bertemu Melaka).

“Nor Azam pula terpaksa diketepikan kerana kecederaan buku lali tetapi saya percaya sesiapa jua (yang akan diturunkan) boleh bersaing dan menampung ketiadaan tonggak utama,” katanya.

70622936_2566181200109225_2176549791931039744_o
Barisan pemain Pahang ketika menentang Melaka United pada suku akhir pertama Piala Malaysia 2019. FOTO: Pahang FA

Sementara itu, pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang yakin ketiadaan pemain utama itu tidak akan menjejaskan rentak permainan Tok Gajah yang membawa bekalan selesa 3-0 dari tempat lawan.

Bagaimanapun, beliau menuntut pemain memberi fokus 100 peratus di atas padang dan mengelakkan sebarang kesilapan mudah kerana apa sahaja boleh terjadi dalam tempoh 90 minit.

“Sudah pasti khidmat pemain ini memang ditagih ketika Pahang dalam misi untuk menempah slot separuh akhir piala berprestij itu.

“Tapi, jika kecederaan itu tidak sempat pulih, saya percaya pemain akan menggantikan kekosongan ditinggalkan Muslim dan Nor Azam mampu memikul tanggungjawab itu.

“Biarpun selesa dengan bekalan tiga gol, pemain tidak boleh berasa terlalu selesa kerana perlawanan masih lagi berbaki 90 minit,” katanya dalam Arena Metro.

Lagi artikel menarik berkaitan dengan perkembangan Piala Malaysia 2019, klik pautan dibawah.

Piala Malaysia 2019: JDT Pasukan Pertama Tempah Tiket Separuh Akhir

Piala Malaysia 2019: PKNP FC Tekad Singkirkan Lang Merah