Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semalam mengesahkan sebanyak 50,182 tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di antara Selangor menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam telah berjaya dijual setakat ini.

Kebanyakan penyokong pasukan tersebut membeli tiket perlawanan secara ‘online’ melalui laman web https://selangor.tickethotline.com.my/ . Mereka yang mempunyai kad keahlian Red Giants boleh membeli tiket dengan harga RM12.60 yang jauh lebih murah daripada harga kaunter (RM15.00).

Bagaimanapun, caj pemprosesan bank sebanyak RM2.60 dikenakan untuk setiap pembelian tiket. Dijangka lebih 60,000 penyokong daripada kedua-dua pasukan membanjiri perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Jualan secara fizikal di kaunter stadium pula akan mula dibuka pada hari ini pukul 3.30 petang. Malah, mereka turut mengadakan promosi beli 1 percuma 1 tiket perlawanan melalui Aplikasi MyDigi.

28,000 tiket diperuntukkan untuk aksi Pahang menentang Kedah

Sementara itu, jualan tiket untuk aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia diantara Pahang menentang Kedah di Stadium Darul Makmur, akan bermula hari ini pada pukul 2.30 petang.

Menurut kenyataan daripada laman facebook Pahang FA, sebanyak tujuh kaunter termasuk satu kaunter khas wanita disediakan untuk kemudahan penyokong.

https://twitter.com/OfficialPahang/status/1187302648950607872

“Pada kali ini, kaunter jualan tiket akan dibuka selama dua hari iaitu hari ini dan Sabtu yang membabitkan jualan tiket berjumlah 28,000 keping.

“Bagi jualan hari ini, semua kaunter hanya akan dibuka bermula jam 2.30 petang hingga 5 petang manakala keesokannya pula pada jam 10 pagi sehingga habis. Harga tiket RM23 bagi tempat duduk grandstand, RM13 (berbumbung) dan RM10 (terbuka),” kata kenyataan itu.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Piala Malaysia yang mungkin anda terlepas pandang.

Tiada Pengadil Import Untuk Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019

Saingan Separuh Akhir Piala Malaysia 2019 Dijangka Lebih Sengit