Selebriti terkenal tanah air, Mazlan Ahmad atau dikenali sebagai Lan Pet Pet meramalkan pasukan Kedah akan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan jaringan 3-2 sekaligus dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia pada musim ini menurut laporan daripada Arena Metro. 

Beliau yang juga merupakan penyokong tegar Kedah berharap kedua-dua pasukan dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan corak permainan menarik memandangkan mereka akan mewakili Malaysia beraksi di peringkat musim depan.

“Bagi saya penyokong Kedah dan JDT memiliki semangat kesukanan yang tinggi. Saya berharap mereka kekalkan silaturahim kerana kedua-dua pasukan itu juga akan mewakili Malaysia beraksi di pentas bola sepak Asia musim depan.

“JDT dilihat pilihan sementara Kedah pula dilabel pasukan ‘underdog’ dan faktor itulah membuat penyokong lebih bersemangat mahu melihat kemampuan kedua-duanya.

“Saya sebagai penyokong tegar Kedah sejak zaman sekolah rendah lagi, mahu penyokong skuad Hijau Kuning terus setia memberi sokongan,” katanya.

Penyokong
FOTO: Harian Metro

Berdasarkan rekod, kali terakhir JDT tewas di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah pada tahun 2014 di tangan Pahang ketika perlawanan akhir Piala Malaysia. Kedah pada musim ini memburu kejuaraan yang kedua selepas meraih gelaran juara Piala FA di gelanggang yang sama bulan lalu.

“Selamat berjuang buat kedua-dua pasukan. Kepada penyokong Kedah dan JDT, semoga menempuh perjalanan selamat pergi dan balik ke Bukit Jalil dan pulang ke tempat masing-masing,” kata Lan Pet Pet.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini.

Baddrol Bakhtiar Tidak Mahu Rakan Sepasukan Tertekan, Momentum Terbaik Buru Kejuaraan Kedua

Stadium Bukit Jalil Bukan ‘Badi’ Untuk Skuad Harimau Selatan, Buka Lembaran Baharu Buru Kejuaraan Piala Malaysia

Sumber