Ketiadaan dua tonggak utama iaitu Renan Alves dan Rizal Ghazali tidak menjejaskan semangat skuad Helang Merah untuk memburu trofi yang kedua musim ini selepas muncul sebagai juara Piala FA beberapa bulan lalu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris yakin pengendali pasukan itu, Aidil Sharin Sahak mempunyai ramuan yang tersendiri dan akan memastikan pemain lebih bersedia sebelum bertemu JDT pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Dari segi persiapan saya rasa pemain sudah bersedia dan akan bermain bersungguh sungguh. Saya rasa Aidil mempunyai fomat sendiri seperti mana perlawanan final Piala FA bertemu Perak Julai lepas dengan meletakkan Amirul Hisham sebagai pengganti Renan.

“Kali ini saya tak pasti siapa akan menggantikan dua pemain itu, kita beri sokongan penuh kepada beliau untuk meletakkan sesiapa sahaja yang mempunyai semangat juang tinggi dan setaraf mereka,” katanya dalam Bernama. 

75056910_2829466590419133_6202270527357190144_n
FOTO: KFA

Renan Alves dan Mohd Rizal tidak dapat beraksi pada perlawanan Sabtu ini kerana digantung perlawanan selepas mengutip dua kad kuning pada aksi suku akhir dan separuh akhir sebelum ini.

Mengulas mengenai penjualan tiket perlawanan akhir itu untuk penyokong Kedah, Mohd Asmirul berkata, KFA akan menjual tiket tersebut di kaunter Stadium Darul Aman pada hari Khamis ini dan para penyokong hanya boleh membeli 3 tiket sahaja.

Sebanyak 26,610 keping tiket akan dijual mulai 10.30 pagi di mana daripada jumlah itu 25,860 adalah tiket dewasa berharga RM50 dan 750 keping tiket pula untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang berharga RM5.

73322488_2826569877375471_6096184074936778752_n
SUMBER: MFL

“Penyokong juga dinasihatkan agar mendapatkan tiket terus dari kaunter jualan atau secara dalam talian dan tidak melalui pihak ketiga bagi mengelak ditipu.

“Mereka juga tidak perlu datang awal dan tidur di persekitaran stadium untuk mendapatkan tiket kerana jumlah tiket kali ini mencukupi,” katanya.

Sudahkah anda mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2019? Baca artikel dibawah untuk mengetahui lebih lanjut. 

Tiket Final Piala Malaysia 2019 Dijual Secara ‘Online’ Mulai Hari Rabu Ini

KFA Yakin Jualan Tiket Di Kaunter Tidak Menimbulkan Masalah