Pemain pertahanan kiri Kedah, Azmeer Yusof menghabiskan masa terluang untuk mengkaji corak permainan pemain sayap lincah Pahang, Mohamadou Sumareh menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur pada hari sabtu ini.

Katanya dalam Arena Metro, beliau banyak meneliti aksi Sumareh dalam rakaman video applikasi YouTube bagi mengetahui bagaimana cara untuk menyekat pengerakannya yang disifatkan sebagai pemain paling laju dalam Liga Malaysia.

“Selain bekerja keras dalam latihan, saya turut meneliti bagaimana cara paling berkesan untuk mengekang Sumareh yang saya sifarkan antara pemain yang laju di Malaysia.

“Melalui video dan laman Youtube, saya mengkaji bagaimana pemain pertahanan Vietnam yang berjaya mengekang pergerakan licik Sumareh hingga beliau seolah dikunci dalam taktikal yang dirancangkan.

“Selain itu juga saya juga menghubungi pemain ‘otai’ pertahanan Kedah iaitu Shafizan Hashim atau dikenali sebagai Pelam yang menjadi rujukan saya bila menghadapi sebarang perlawanan penting,” katanya.

72372163_2614027938657884_175871424643203072_n
Aksi Mohamadou Sumareh dalam sesi latihan pasukan Pahang. FOTO: PFA

Selain Sumareh, Azmeer juga perlu menyekat pergerakan dua awang import Pahang iaitu Lazarus Kaimbi dan Dickson Nwakaeme bagi mengelakkan gawang gol Kedah dibolosi dengan mudah.

Beliau juga sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk aksi separuh akhir kedua di Kuantan bagi memastikan misi Kedah mara ke pentas final menjadi kenyataan.

“Sebelum perlawanan menentang Pahang di Stadium Darul Aman Sabtu lalu, saya agak berdebar kerana saya belum diturunkan dalam mana-mana aksi bertemu Pahang dalam perlawanan Liga Super sebelum ini.

“Namun selepas mengalami pengalaman pertama, kini saya bertambah yakin dan lebih bersedia untuk meningkatkan lagi keupayaan mengekang Sumareh untuk kali kedua Sabtu ini.

“Walaupun saya anggap tugas saya berjaya Sabtu laku namun ujian sebenar adalah pada Sabtu ini di Kuantan. Tugas serta tanggungjawab untuk perlawanan kedua ini harus saya pikul dengan sebaiknya demi perancang kami ke final berjalan dengan lancar.” tambahnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Piala Malaysia 2019 melalui pautan dibawah. 

Piala Malaysia 2019: Wan Jamak Lebih Suka Lihat JDT Menentang Pahang Di Final

Taylor Regan Mahu Ulang Pencapaian Robert Cornthwaite Julang Piala Malaysia Untuk Selangor

Piala Malaysia 2019: Azamuddin Akil Sedia Bawa Kedah Ke Pentas Final

Sumber