Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools membantu kelabnya, Buriram United mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala Liga Thailand setelah menewaskan Bangkok United pada aksi suku akhir baru-baru ini.

Dion Cools diturunkan dalam kesebelasan utama oleh pengendali pasukan, Masatada Ishii pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Thammasat dan Buriram United nyata tampil lebih dominan ke atas pasukan lawan.

Dion Cools Buriram United
Sumber Gambar: Buriram United

Bintang muda Buriram, Suphanat Mueanta membuka tirai jaringan pada minit ke-30 dimana pemain itu menanduk masuk bola hasil daripada sepakan percuma. Pada separuh masa kedua, Haris Vučkić menjaringkan gol kedua dimana pemain import itu menanduk bola hasil daripada hantaran Jonathan Bolingi.

Seorang lagi pemain import, Goran Čaušić menjaringkan gol ketiga dimana beliau melepasi dua pemain pertahanan Bangkok United sekaligus melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol lawa. Kedudukan 3-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus membolehkan Buriram mara ke peringkat separuh akhir.

Seorang lagi pemain Malaysia, Safawi Rasid turut berjaya membantu kelabnya, Ratchaburi mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan kelab divisyen tiga, Samut Songkhram FC.

Safawi mencipta satu assist ketika gol kedua Ratchaburi yang dijaringkan oleh Kritsananon Srisuwan sekaligus membantu pasukan itu memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.