Chelsea berjaya melangkah ke final selepas menewaskan Manchester City dalam aksi Piala FA semalam. Sekaligus menguburkan impian quadruple City pada musim ini.

Chelsea selayaknya menang selepas persembahan yang sangat baik dan berani. Mereka mendapat gol kemenangan menerusi Hakim Ziyech pada minit ke-55 selepas menerima hantaran cantik dari Werner.

Kepa Arrizabalaga menafikan percubaan masa kecederaan oleh Rodri. Tuchel menyatakan beliau sangat berpuas hati dengan prestasi pasukannya.

Tuchel berkata: “Ianya satu persembahan yang sangat sangat kuat. Saya bangga dan gembira.”

“Kami bermain 35 minit yang bagus pada separuh masa pertama, walaupun kami terpaksas menderita pada 10 minit. Kami kemudian bermain 30 minit lagi dengan aksi yang kuat dan berjaya juga mendapat gol pendahuluan, dan seharusnya dapat gol lagi.”

“Saya bangga dengan pasukan saya.”

“Pertahanan kami juga berani dan menguasai bola. Ianya clean sheet yang bagus. Kami bukan bernasib baik mendapat clean sheet, tetapi kami bekerja keras untuknya.”

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengucapkan tahniah kepada Chelsea dan menganggap pasukannya memulakan perlawanan dengan baik, namun kemudian dikuasai lawan.

“Kami bermain bagus untuk 15 minit, kami bergelut untuk mencari ruang di pokek [zon 14], namun tahniah kepada Chelsea – untuk aksi yang sengit.”

“Kami kadang kadang tiba di posisi itu, tetapi selepas itu kami tak mencipta apa apa peluang. Kami melepaskan gol dan memberikan reaksi yang baik terutama sekali ketika Foden dan Ilkay Gundogan masuk.”

“Pasukan yang bertahan dengan 8 pemain di final third bukan mudah untuk dilawan. Perlawanan seperti ini, margin dia sangat tipis. Keseluruhannya, kami mengawal perlawanan dengan baik. Kami gagal mencipta peluang keemasan, tetapi kami lebih banyak tiba [di dalam kotak penalti] lebih daripada mereka.”

Seterusnya kedua dua pasukan beraisi dalam separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. City berdepan PSG dan Chelsea berdepan Real Madrid.

Baca juga atikel:

Norwich City Sah Kembali Ke EPL Hari Ini Tanpa Menyepak Bola

Bagaimana Tuchel Boleh Mengendalikan Skuad Mahal Chelsea Dengan Baik

Foden Mahu Pecat Pegawai Media Yang Cabar Mbappe Di Twitternya