Undian bagi saingan Piala FA bagi pusingan keempat Piala FA diadakan pada wal pagi tadi oleh Resmin Chowdhury dan Peter Crouch.

Pusingan keempat Piala FA akan bermula sekitar 23 Januari. Manakala untuk pusingan kelima ataupun 16 akhir pula akan bermula pada 10 Februari.

Menariknya adalah pertembungan Derbi Barat Laut England, melibatkan Manchester United dan Liverpool.

Ianya adalah pertarungan kedua bagi kedua dua pasukan dalam tempoh seminggu selepas aksi dalam Liga Perdana Inggeris pada 18 Januari akan datang.

Kedua dua pasukan kini berada di dua tangga teratas Liga Perdana Inggeris. Manchester United dalam momentum yang lebih baik pada ketika ini.

Sementara skuad Jurgen Klopp agak bergelut dalam beberapa perlawanan lalu dan hanya mencetak kemenangan ke atas skuad belia Aston Villa dalam aksi Piala FA.

Namun aksi kedua dua pasukan kali ini dianggap lebih sengit di atas kertas berbanding dengan musim sebelumnya.

Hal ini kerana Man United dan Liverpool kelihatan memiliki kelebihan masing masing. Old Trafford sentiasa bukan tempat yang mudah untuk Liverpool.

Ia juga medan terbaik untuk balas dendam bagi pasukan yang tewas dalam aksi Liga Perdana Inggeris, seminggu sebelumnya.

Berikut adalah keputusan penuh undian Pusingan Keempat Piala FA:

Cheltenham Town vs Manchester City
Bournemouth vs Crawley Town
Swansea City vs Nottingham Forest
Manchester United vs Liverpool
Southampton / Shrewsbury Town vs Arsenal
Barnsley vs Norwich City
Chorley vs Wolves
Millwall vs Bristol City
Brighton vs Blackpool
Wycombe vs Tottenham
Fulham vs Burnley
Sheffield United vs Plymouth Argyle
Chelsea vs Luton Town
Stockport County / West Ham United vs Doncaster Rovers
Brentford vs Leicester City
Everton vs Sheffield Wednesday

Baca juga perkembangan lain

Selepas 2 Bulan Michael Oliver Akui Silap, Pickford Patut Kad Merah

Casillas Nasihatkan Donnarumma Pindah Ke Kelab Yang Lebih Betradisi Dan Kuat Di Eropah

Piala FA: 2 Gol Masa Ekstra Arsenal Singkirkan Newcastle