Liverpool berjaya memastikan mereka kali ini melepasi pusingan keempat selepas beberapa tahun tersangkut di fasa tersebut. Liverpool berjaya menewaskan Cardiff City di Anfield dengan skor 3-1.

Luis Diaz diberikan debut dalam perlawanan ini. Di mana pemain tersebut terus memberikan impak segera.

Paling menarik pastinya melihat kepulangan semula pemain remaja Liverpool yang baru kembali dari kecederaan ngeri dialaminya pada September tahun lalu – Harvey Elliot.

Liverpool seperti dijangka, sangat dominan sejak dari sepak mula. Namun hakikatnya, Cardiff cemerlang menafikan asakan dan percubaan mereka.

Liverpool cuma ada 1 percubaan tepat dalam perlawanan ini pada separuh masa pertama. Di mana percubaan jarak dekat Diogo Jota diselamatkan oleh Dillon Phillips.

Pada separuh masa kedua, Liverpool tetap bergelut untuk mencari gol. Mujur mereka di hadapan menerusi rutin bola mati yang ditanduk oleh Jota. Selepas satu hantaran kemas daripada pemain antarabangsa England Trent Alexander Arnold. Liverpool 1-0 di hadapan pada minit ke-53.

Sebelum itu, Coimhin Kelleher berdepan dengan detik mencemaskan apabila dia berpotensi dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan penyerang lawan ketika dia cuba melakukan sweeping. Namun pengadil mendapatkan konsultansi VAR, dan kekal dengan kad kuning sahaja.

Selepas bergelut di zon serangan, Klopp memasukkan Diaz dan Harvey Elliot. Pertukaran yang benar benar meberikan impak kepada Liverpool. Dua pemain tersebut menjadi penggerak utama gerakan Liverpool yang lebih penetratif.

Diaz kemudian melakukan pressing di byline dan melorongkan ke depan gawang. Bola kemudian terlepas dari kaki Jota dan disambar oleh Takumi Minamino yang terus membuktikan bahawa dia benar benar suka menjaringkan gol dalam pertandingan piala.

Tidak lama selepas gol itu, giliran Harvey Elliot melengkapkan kepulangan sensasinya dengan gol sensasi. Di mana beliau menerima bola hantara Robertson dan melakukan separa putaran untuk gol ketiga Liverpool.

Cardiff bagaimanapun tetap meraikan gol saguhati daripada pemain remaja mereka di Anfield iaitu Colwill yang menjaringkan gol mereka pada minit ke-80.

Tiada tambahan jaringan lagi selepas itu dengan Liverpool menang 3-1 dan akan berdepan dengan Norwich pada pusingan kelima.