Leicester City mara ke separuh akhir Piala FA buat pertama kalinya sejak 1982 setelah menang 3-1 ke atas Manchester United dalam pertembungan di peringkat suku akhir pada Ahad.

Dua gol dari Kelechi Iheanacho dan satu lagi gol dari Youri Tielemans sudah cukup untuk memberikan kemenangan kedua buat Foxes ke atas Syaitan Merah dalam 26 pertemuan di semua pertandingan.

United, yang menyamakan kedudukan di babak pertama menerusi Mason Greenwood, namun Leicester menambah 2 lagi gol. United kelihatan beraksi kurang baik dengan Ole Gunnar Solskjaer membuat lima perubahan daripada pasukan yang menang dalam aksi Liga Europa di Milan tiga hari sebelumnya.

United tewas dalam perlawanan tempat lawan buat pertama kalinya sejak 19 Januari tahun lalu – bagi semua pertandingan domestik.

Fred dua kali kehilangan bola di babak United. Salah satu hantaran ke belakangnya kepada Henderson yang mengerikan telah memberikan Iheanacho gol mudah pada minit ke-13.

United yang bergelut sepanjang separuh masa pertama akhirnya menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum rehat. Hantaran silang Pogba yang rendah dari kiri yang dibiarkan oleh Donny van de Beek, memberi peluang kepada Greenwood untuk menjaringkan gol pertamanya dalam 16 penampilan terakhir.

Leicester kembali memimpin kedudukan jaringan pada awal separuh masa kedua. Di mana Youri Tielmans melakukan rembatan deras leret yang gagal diselamatkan Henderson.

Jamie Vardy seharusnya berjaya membuat kedudukan 3-1, apabila beliau mengatasi Harry Maguire. Malangnya Vardy hanya melakukan rembatan liar.

Solskjaer kemudian melakukan 4 pertukaran untuk memperbaiki keadaan.

Namun mereka tetap gagal untuk melakukannya. Leicester malah menambah gol ketiga menerusi tandukan Kelechi Iheanacho, ketika aksi berbaki 12 minit sahaja lagi.

Tamat perlawanan Leicester 3 Man United 1.

Baca juga perkembangan lain

Kisah Panjang Terbentuknya DNA Moden Bola Sepak Jerman Sehingga Menjadi Juara Dunia 2014

Depay Mahu Layanan Adil Dari Kerajaan Perancis, Minta Pelepasan Untuk Sertai Skuad Belanda

Jose Mourinho Berdepan Pemecatan Jika Gagal Tamatkan Musim 4 Teratas