Saingan Piala FA bakal dijadikan sebagai mangsa sekiranya terdapat peningkatan bilangan kes positif COVID-19 di kalangan pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam dimana pihaknya bercadang untuk membatalkan saingan Piala FA sekiranya penularan menjadi tidak terkawal.

Piala FA
Sumber Gambar: FAM

“Antara langkah awal yang boleh diambil adalah, jika kami terpaksa membatalkan
mana-mana pertandingan, maka saingan Piala FA akan digadaikan demi kelangsungan saingan Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia dan pasukan kebangsaan.

“Keputusan itu perlu ditentukan ahli lembaga pengarah dan itulah yang boleh kami lakukan seandainya rentak pada minggu pertama ini berlarutan sehingga minggu ketiga atau keempat,” katanya.

Baru-baru ini, MFL mengumumkan perlawanan Liga Super 2022 yang menemukan Sri Pahang FC dan Terengganu FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 5 Mac 2022 (Sabtu) terpaksa ditunda selepas skuad Sri Pahang FC disahkan positif COVID-19.

Stuart menerima laporan daripada wakil Pantai Timur itu pada Jumaat lalu di mana seramai 20 pemain dan pegawai telah dijangkiti COVID-19.

Tambah Stuart, Stuart, kesan daripada insiden itu, Sri Pahang yang bakal menjalani tempoh kuarantin bermula hari ini terpaksa memohon penundaan perlawanan menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 8 Mac 2022 (Selasa) dan perlawanan pertama Piala FA menentang Manjung City FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 12 Mac 2022 (Sabtu).

Sebagai rekod, sudah dua musim saingan Piala FA tidak dapat dijalankan ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

Sebelum ini, pemenang Piala FA akan mendapat tiket ke kejohanan di peringkat Asia namun slot tersebut diberikan kepada pemenang Piala Malaysia ekoran tiada saingan sejak musim 2022.

Piala FA
Kredit Foto: MFL

Kuala Lumpur City yang menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menempah tiket ke saingan Piala AFC setelah berjaya memenangi Piala Malaysia musim lalu.

Kali terakhir saingan tersebut diadakan ialah pada musim 2019 dimana ketika itu Kedah Darul Aman dibawah kendalian Aidil Sharin berjaya menewaskan Perak yang dibimbing oleh Perak sekaligus layak ke saingan peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) pada musim berikutnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Liga Super 18 Pasukan Dan Tiada Liga Premier Mulai 2023, Liga Simpanan Serta Liga B17 Ditubuhkan

TMJ: “Parking Bus” Ok, Tetapi “Time Wasting” Teruk

“Sebab Mercun Itu, Saya Kena Bawa Anak Ke Hospital Terima Rawatan. Berlubang Belakang Peha Dia.”