Arsenal bertemu dengan juara bertahan, Manchester City dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Wembley.

Arsenal masih segar dengan kejayaan menewaskan Liverpool dalam aksi liga beberapa hari yang lalu turun berdepan dengan sebuah lagi pasukan kuat – Man City.

Ini adalah pertemuan kedua melibatkan Mikel Arteta dan Pep Guardiola.

Manchester City berdepan dengan kesukaran pada separuh masa pertama. Di mana mereka ketinggalan seawal minit ke-19, menerusi gol oleh kapten Arsenal, Pierre Emerick-Aubameyang.

Ianya satu build up berpasukan yang sangat cantik daripada Arsenal. Melibatkan 10 pemain dengan 18 pertukaran hantaran di antara mereka.

Arsenal malah hampir menambah gol menerusi Mustafi dan kemudian situasi di dalam kotak penalti selepas City hilang bola di kawasan defensive third.

Man City masuk ke bilik persalinan dengan 0 on target menjelang rehat.

Bersambung babak kedua, Man City menggandakan asakan dan memperbaiki permainan kombinasi mereka di zon serangan.

Riyad Mahrez melakukan rembatan yang diselamatkan oleh Emi Martinez. Dan kemudiannya De Bruyne pula melakukan percubaan ke arah gol namun tak masuk.

Ternyata Man City menyerang Arsenal bertali arus pada 15 minit pertama separuh masa kedua.

Pada minit ke-62, Raheem Sterling dijatuhkan Mustafi, namun VAR menafikan ia adalah penalti.

4 minit kemudian David Silva gagal menyudahkan bola dari jarak dekat.

City terus menyerang namun tidak ada penyudah yang berkesan. Sebaliknya Arsenal menambah satu lagi gol dan sekali lagi menerusi Aubameyang.

Gol yang berpunca daripada serangan balas dan hantaran cantik daripada Kieran Tierney.

David Luiz kemudian menghadang percubaan jarak dekat Raheem Sterling. Luiz terus cemerlang dengan menafikan beberapa lagi aksi bahaya pasukan City di zon Arsenal.

Laporte melakukan rembatan deras yang tersasar. Arsenal mulai berkampung di hadapan penjaga gol.

Arsenal bertahan dengan baik dan memastikan kemenangan milik mereka.

Arsenal menyingkirkan Man City dan akan kembali semula ke Wembley untuk aksi final ke-21 mereka.

Menunggu lawan mereka sama ada Chelsea ataupun Man United.

Baca juga perkembangan lain 

Buriram United Sediakan ‘Private Jet’ Untuk Bawa 3 Pemain Import Baru Dari Serbia Dan Croatia

Messi: Tak Payah Cari Salah Orang Lain, Real Madrid Memang Berhak Juara

Media Belanda, 433 Senaraikan Luqman Hakim Dalam Pencalonan “Golden Boy” 2019/2020