Setelah dua musim ditangguhkan akibat penularan wabak COVID-19, saingan Piala FA kini kembali mewarnai Liga Malaysia pada musim 2022 dengan penyertaan sebanyak 34 pasukan daripada Liga Super, Liga Premier dan Liga M3.

Malah, saingan Piala FA pada musim ini akan menampilkan format baharu dimana aksi suku akhir dan separuh akhir hanya akan dijalankan sekali sahaja dan bukannya dua kali seperti sebelum ini.

Pada majlis undian rasmi Piala FA semalam menyaksikan dua pasukan Liga Super, Terengganu FC dan Negeri Sembilan bertemu lebih awal di pusingan pertama yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Mac 2022.

Saingan Piala FA 2022 akan membuka tirai pada 6 Mac dengan aksi pusingan kelayakan yang melibatkan perlawanan diantara BRM FC menentang Tun Razak City dan Bukit Tambung FC menentang Imigresen FC. Pasukan yang menang akan mara ke pusingan pertama.

11 pasukan daripada Liga M3 telah mendapat ‘bye’ ke pusingan pertama. Mereka akan tampil dengan status sebagai pasukan pelawat sekiranya diundi bertemu pasukan Liga Super atau Liga Premier di pusingan kedua.

Ini kerana venue milik pasukan Liga Super dan Liga Premier menepati keperluan komersial, piawaian penyiaran perlawanan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) pandamik COVID-19 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada tahun 2019 iaitu edisi terakhir sebelum ditangguhkan ekoran COVID-19, pasukan Kedah muncul sebagai juara selepas menewaskan Perak di perlawanan akhir sekaligus raih tiket ke Piala AFC 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Jadual Liga Malaysia 2022 Sudah Dikemaskini, Beberapa Perlawanan Akan Bermula Pukul 8.15 Malam

RASMI: Luno Diumumkan Selaku Rakan Pelaburan Kripto, Penaja Liga Super Malaysia Dan Piala Malaysia 2022

Kedah Tekad Kalahkan JDT Untuk Jadi Juara Liga Super 2022