Pasukan yang dibarisi oleh rata-rata pemain berusia belasan tahun, Skuad Projek FAM-MSN mencipta kejutan pada aksi pusingan peetama Piala FA apabila menyingkirkan pasukan yang dibarisi oleh pemain yang lebih berpengalaman iaitu Tok Janggut Warriors.

Kejutan yang dicipta bukan kemenangan sahaja malah jumlah jaringan yang dihasilkan oleh anak buah bimbingan Hassan Sazali Waras juga menjadi perbincangan dimana Skuad Projek menjaringkan lima gol sekaligus mencipta kemenangan besar.

Haikal Sahar menjadi watak utama dalam kemenangan besar Skuad Projek dimana beliau menjaringkan hatrik dimana gol dihasilkan pada minit ke-32, ke-50 dan ke-62.

Meskipun ketinggalan pada minit ke-18 menerusi jaringan bekas penyerang Kelantan iaitu Khairul Izuan Rosli, namun pasukan muda ini tidak cepat melatah dan terus memberikan cabaran kepada Tok Janggut.

Dua lagi gol Skuad Projek dihasilkan oleh Wan Syamil Sulaiman pada minit ke-67 dan Ubaidullah Shamsul pada masa kecederaan.

Meskipun kehilangan pemain terbaik mereka musim lalu iaitu Azhad Harraz yang menyertai Sabah dalam saingan Liga Super, namun perkara itu nyata tidak menjadi masalah bagi Skuad Projek.

Mereka kini mempunyai wira baharu iaitu Haikal Sahar yang menampilkan prestasi cemerlang sekaligus mula menarik perhatian ramai pihak.

Skuad Projek FAM-MSN yang kewujudannya mendapat kritikan ramai pihak terutamanya bekas pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim dilihat sudah mula membuahkan hasil dimana rata-rata pemain yang diturunkan semalam beraksi dengan baik.

Tidak mustahil lebih ramai pemain mereka disambar oleh pasukan-pasukan besar dalam saingan Liga Malaysia sekiranya Skuad Projek menampilkan prestasi yang baik dalam saingan Piala FA dan Liga Premier musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Piala FA 2022: Skuad Projek FAM-MSN Turun Beraksi Tanpa 9 Pemain Yang Hadapi Peperiksaan SPM

Tolak Panggilan Skuad Kebangsaan, Tindakan Rizal Ghazali Cetus Tanda Tanya

Zhafri Yahya Akhirnya Dipanggil Sertai Skuad Harimau Malaya