Terengganu FA atau kini dikenali sebagai Terengganu FC bukan calang-calang pasukan di dalam kancah bola sepak Malaysia. Ramai pemain-pemain bintang pernah mewakili negeri Pantai Timur ini seperti Allahyarham Yahya Jusoh, Isa Bakar, Zairo Azmi, Ashari Samsudin dan ramai lagi.

Pada musim 2011, Terengganu dibarisi pemain handalan seperti mesin gol Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahaya, penjaga gol kebangsaan Sharbinee Allawee serta pemain versatil Ashari Samsudin telah berjaya melayakkan diri ke pentas final Piala FA menentang Kelantan.

Piala FA

Mohamad Ashari Samsudin of Malaysia (C) fights for the ball with Mohammad Nasuha of Indonesia (L) and Zulkifli Syukur (R) during the AFF Suzuki Cup 2010 first leg finals football final match held at the Bukit Jalil National Stadium in Kuala Lumpur on December 26, 2010. Malaysia is hosting the first leg at the Bukit Jalil Stadium before travelling to Jakarta for the return match on December 29, 2010. AFP PHOTO/ KAMARUL AKHIR (Photo credit should read KAMARUL AKHIR/AFP via Getty Images)

Skuad bimbingan jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim itu berjaya melepasi cabaran Johor FA (sebelum transformasi JDT) dengan skor 5-2 secara agregat pada separuh akhir.

Perlawanan akhir itu dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mana turut dihadiri oleh seramai 87,500 penyokong dari kedua-dua pasukan.

Derbi Pantai Timur ini menyajikan suatu pertembungan epik di mana pasukan Kelantan dibarisi Norshahrul Idlan Talaha di barisan hadapan, dipimpin oleh Badri Radzi di bahagian tengah serta dikawal rapi di gawang oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Piala FA

Sumber Gambar: inikanbola.my

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan percubaan-percubaan bahaya Norshahrul dan Hadi Yahaya sepanjang 70 minit perlawanan berlangsung. Sehinggalah Nurul Azwan Roya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke 78 dengan jaringan cantik menewaskan Sharbinee Allawee.

Tersentak dengan jaringan itu, Terengganu cuba untuk mencari gol penyamaan. Tendangan percuma Joseph Kalang Tie hampir saja menerjah gawang gol Kelantan sebelum berjaya ditepis keluar Khairul Fahmi.

Terengganu berjaya mendapat gol pada saat-saat akhir masa tambahan dengan jaringan sendiri Daudsu Jamaluddin yang cuba mengeluarkan bola yang ditampan oleh Khairul Fahmi. Gol tersebut menyelamatkan perjuangan Terengganu untuk merebut piala tersebut.

Ibarat meletakkan garam di luka, Ahmad Nordin menambahkan derita Kelantan apabila berjaya meledak gol kemenangan buat Terengganu pada minit ke 110. Gol itu berjaya menjadikan Terengganu juara Piala FA 2011.

Perlawanan akhir ini semestinya menjadi kenangan manis penyokong Terengganu yang masih mengharapkan kejuaraan baru daripada skuad Nafuzi Zain pada musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Satiananthan Harap Penyokong Dibenarkan Masuk Semula Ke Stadium

Cadangan Kemasukan Penyokong Bola Sepak Ke Stadium Akan Dipertimbangkan

Krisis KAFA Bertambah Parah, Perlu Langsaikan Hutang Lapuk Babitkan Matyo

Artikel di atas disumbangkan oleh Hafizuddin Zawawi. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group