Lebih 40,000 penyokong dijangka akan membanjiri Stadium Sultan Ibrahim untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala FA 2022 diantara JDT menentang Penang bermula pukul 9.00 malam ini.

Malah, pemain Penang turut mendapat suntikan semangat tambahan apabila kumpulan penyokong setia, Ultras Panthers mengesahkan 10 buah bas sudah menuju ke selatan tidak termasuk mereka yang bergerak dengan kenderaan sendiri.

Walaupun prestasi Penang dalam saingan Liga Super tidak begitu memuaskan namun para penyokong setia pasukan tersebut tetap hadir ke Johor Bahru untuk sama-sama memberikan sokongan padu.

Piala FA juga merupakan peluang terbaik untuk skuad Harimau Kumbang mengubati luka penyokong Penang dengan mara ke perlawanan akhir sekaligus merebut tempat beraksi di Piala AFC pada musim depan.

Bagaimanapun, JDT bukan lawan yang mudah kerana dibarisi oleh ramai pemain berkualiti. Berdasarkan rekod, Harimau Selatan merupakan pasukan paling tajam dan paling kebal dalam saingan Liga Super setakat ini apabila sudah meledak 37 gol dan hanya bolos enam kali dalam 13 perlawanan.

Keputusan perlawanan malam ini bergantung kepada kebijaksanaan taktikal yang dirancang oleh Dato Zainal Abidin Hassan berdepan pengendali baharu JDT, Hector Bidoglio dan ia dijangka berlangsung sengit kerana saingan Piala FA berbeza dengan perlawanan Liga Super.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Tiket ‘Online’ Separuh Akhir Piala FA Terengganu Menentang Selangor Habis Dijual

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Tarik Perhatian Media Antarabangsa

Liga Super 2022: Amri Yahyah Wira Kebangkitan Sabah Atasi Melaka