13 bulan yang lalu skuad Tajikistan U16 dibelasah pasukan U16 Malaysia dengan keputusan 2-6 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Penyerang muda tersohor, Luqman Hakim menyumbat 4 gol dalam perlawanan itu jika diimbas kembali.

Hari ini, skuad Tajikistan U17 beraksi dalam perlawanan pertama mereka bertemu Juara Negara-Negara Afrika U17 2019 iaitu pasukan Cameroon dalam perlawanan pembukaan kumpulan E sebentar tadi.

Sharifbek Rahmatov menjaringkan gol tunggal perlawanan tersebut melalui sepakan penalti pada minit ke 51 untuk membolehkan Tajikistan mengutip 3 mata penuh. Beliau juga merupakan penjaring gol pertama Tajikistan ketika tumpas kepada Malaysia 2-6.

Dalam pusingan kelayakan AFC U16 2018 tahun lalu, skuad Tajikistan merupakan naib juara kejohanan tersebut selepas kalah tipis 1-0 kepada Jepun yang turut mencatatkan kemenangan apabila membelasah Juara UEFA iaitu pasukan Belanda 3 gol tanpa balas semalam.

EIAhu6oWsAInrSc

Selepas ini, pasukan Tajikistan akan berdepan dengan pasukan Sepanyol yang merupakan semi finalis kejohanan UEFA European U17 2019.

Baca juga artikel padu lain yang telah kami sediakan untuk mengisi jiwa bola sepak sejati anda.

Piala Dunia U17: Juara Eropah Tumbang Kepada Juara Asia Dalam Perlawanan Pertama

FAM Atur Perlawanan Pemanas Badan Dengan Tajikistan Menjelang ‘Laga’ Thailand Dan Indonesia

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol