Nama Jun Nishikawa, penyerang skuad Jepun U17 semakin meniti bibir pemerhati bola sepak di eropah apabila gol tunggal beliau pagi ini berjaya membawa Jepun ke pusingan 16 kejohanan Piala Dunia U17 yang sedang berlangsung.

Dalam perlawanan hari ini, Jepun bertemu Senegal dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan D dan berjaya menumbangkan Senegal 1-0 seterusnya muncul juara kumpulan dengan kutipan 7 mata dari 3 perlawanan.

Senegal juga layak ke peringkat seterusnya selaku naib juara kumpulan D seterusnya akan bertemu Perancis dalam perlawanan selepas ini.

gxnphs0lqjapjgxc1sng

Jepun selaku juara kumpulan D akan akan menanti lawan mereka diperingkat pusingan 16, dan Jun Nishikawa selaku MVP kejohanan AFC U16 2018 kini telah mengumpul 2 gol dari 3 perlawanan.

Beliau juga dilaporkan oleh media-media Jepun sedang diperhatikan dengan rapat oleh pencari bakat FC Barcelona selepas aksi memukau dipamerkan dalam kejohanan besar sebelum ini.

Untuk rekod, Jun Nishikawa telah melakukan debut untuk Cerezo Osaka pada 13 April dalam perlawanan J1 League bertemu Consadole Sapporo sebagai ‘special designated player’ dan dalam masa yang sama masih beraksi untuk Toko Gakuen High School.

Dalam perkembangan lain, pasukan Korea Selatan juga turut melayakkan diri ke peringkat seterusnya apabila muncul sebagai naib juara kumpulan C selepas menewaskan Chile 2-1.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai peminat bola sepak sejati.

Piala Dunia U17: Juara Eropah Tumbang Kepada Juara Asia Dalam Perlawanan Pertama

Pesanan Hidetoshi Nakata Buat Penyokong Jepun Di Stadium Larkin Pada November 1997

Fasiliti Kelab Divisyen 5 Jepun Ini Jauh Lebih Profesional Berbanding Majoriti Pasukan Liga Super Malaysia