Skuad Piala Dunia U17 Jepun membuka kempen mereka di Brazil dengan penuh bergaya apabila menumbangkan pasukan Belanda yang juga merupakan Juara Eropah dengan keputusan 3-0 sebentar tadi.

Pemenang anugerah MVP kejohanan AFC U16 2018 yang lalu, Jun Nishikawa yang kini beraksi bersama Cerezo Osaka terus mencipta nama apabila menjaringkan 1 gol dan melakukan 2 bantuan jaringan kepada Yamato Wakatsuki dalam perlawanan itu.

Screenshot 2019-10-28 at 9.12.10 AM
Senarai pemain pasukan Jepun.

Jepun yang kini berada dikedudukan kedua dalam kumpulan D dibelakang Senegal yang berjaya membelasah Amerika Syarikat 4-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan lebih awal hari ini.

Skuad bimbingan Yoshiro Moriyama ini akan bertemu dengan pasukan Amerika Syarikat dalam perlawanan kedua yang akan dilangsungkan pada 30 Oktober 2019.

Screenshot 2019-10-28 at 9.12.21 AM
Separuh dari kesebelasan utama Belanda adalah pemain Ajax Amsterdam.

Pasukan Belanda merupakan juara kejohanan UEFA U17 2019 selepas menumpaskan pasukan Italy 4-2 dalam perlawanan akhir yang diadakan pada 19 Mei 2019 yang lalu.

Dalam perkembangan lain, Australia selaku salah sebuah negara yang mewakili Asia tewas 1-2 kepada Ecuador manakala pasukan Korea Selatan pula menang keatas Haiti dengan keputusan 2-1. Sebuah lagi pasukan dari Asia iaitu Tajikistan akan turun dalam perlawanan pertama mereka esok.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai peminat bola sepak sejati.

Fasiliti Kelab Divisyen 5 Jepun Ini Jauh Lebih Profesional Berbanding Majoriti Pasukan Liga Super Malaysia

Penyokong Kelab Divisyen 2 Jepun Ini Menangis Kecewa Nama Kelab Ditukar Oleh Pemilik Tanpa Peduli Suara Mereka

Struktur Liga Bawah 15 Tahun Jepun Yang Mungkin Tidak Ramai Tahu Mengenainya