Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Menteri Belia dan Sukan Indonesia (Menpora), Zainudin Amali membayangkan Kejohanan Piala Dunia bawah 20 tahun (B-20) pada 2021 yang diadakan di Indonesia kemungkinan akan berlangsung tanpa kehadiran penonton di Stadium.

Persiapan negara jiran sebagai tuan rumah sedikit terganggu susulan penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Situasi itu memaksa kerajaan mengeluarkan perintah pelaksanaan protokol ‘new normal’ bagi mengelakkan wabak tersebut merebak.

Mereka juga akan memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu dalam acara yang membabitkan sukan bagi melindungi kesihatan pemain dan para pegawai pasukan.

“Kita akan lakukan itu (protokol kesihatan) kerana kita mungkin tidak berada dalam keadaan normal. Ini namanya new normal,” kata Zainudin Amali dipetik dalam Bolalob. 

Anggota

Logo Piala Dunia B-20 2021. Sumber Gambar: Superball.id

Bagaimanapun, ia bergantung pada situasi terkini wabak pandemik sebelum mereka memutuskan untuk meneruskan perlawanan tanpa penonton.

“Nanti kita lihatlah, mungkin juga tanpa penonton, mungkin juga dengan penonton. Piala Dunia U-20 berlangsung pada Mei dan Jun tahun 2021. Seperti apa situasinya, tentu kita akan bincang dengan PSSI dan FIFA,” jelasnya.

Amali juga yakin persiapan untuk menjadi tuan rumah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah kerana banyak pihak memberi sokongan dan kerjasama penuh untuk memastikan venue perlawanan berada dalam keadaan terbaik.

“Tiada terlalu susah kerana ramai pihak yang akan bantu. Kerajaan juga memberi sokongan penuh dan akan memastikan semua penyelenggaraan dan kerja naik taraf beberapa venue berjalan sehingga berada dalam keadaan terbaik.

“Itu akan dilakukan oleh Kementerian PUPR (Pekerjaan Umum & Perumahan Rakyat) dengan kerjasama daripada Kemenpora. Untuk persiapan pasukan kebangsaan Indonesia B-20, kita serahkan kepada PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia,” tegasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah:

11 Kelab ‘Dibuang’ Daripada Liga Profesional China Kerana Masalah Kewangan

Stephan Schrock: “Bola Sepak Hanya 3 Jam Sehari, Baki 21 Jam Lagi Adalah Mengenai Kehidupan”

Park Hang-seo Mula Gelisah Menyaksikan Ketumpulan Penyerang Skuad Kebangsaan Vietnam

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group