Robert Lewandowski pakai lilitan kapten Ukraine pada Piala Dunia 2022. Lewandowski sudah bertekad untuk melakukannya selepas dia berjumpa dengan legenda AC Milan dan Ukraine, Andriy Shevchenko.

Robert Lewandowski baru sahaja bertemu Andriy Shevchenko pada satu acara khas di Stadium Narodowy, Warsaw, Poland.

Dan pada acara itu, Sheva telah memberikan hadiah bermakna buat kapten Poland, Robert Lewandowski.
Hadiah tersebut lilitan kapten yang berunsurkan bendera Ukraine untuk dipakai Lewandowski pada Piala Dunia 2022. Walaupun Ukraine sudah tak layak ke Piala Dunia 2022, namun Lewandowski mahu memastikan bendera Ukraine tetap kelihatan dalam acara sukan terbesar di dunia itu.

Ianya akan menjadi unik kerana negara Poland akan menggunakan lilitan kapten Ukraine dalam temasya itu nanti.

Seperti yang diketahui umum, Robert Lewandowski akan mengetuai pasukan kebangsaan Poland sebagai kapten di Piala Dunia 2022.

Lewandowski terharu dan menyatakan bahawa dia berasa bangga kerana berpeluang memakai lilitan kapten Ukraine itu dalam Piala Dunia 2022 yang akan datang.

Menurut Lewandowski, apa yang akan dilakukannya nanti akan menjadi sangat berharga untuk rakyat Ukraine.

Baca Juga: Termasuk Robert Lewandowski, Ini 4 Calon Bakal Kapten Barcelona

“Saya sangat bangga kerana saya tahu apa yang dimaksudkan untuk menyokong rakyat Ukraine,” kata Lewandowski.

Beliau menambah: “Saya tahu apa yang maknanya memperjuangkan kebebasan, kita tahu sejarah, sejarah kita dan itulah sebabnya yang mutlak untuk kita membantu jiran kita, membantu rakyat Ukraine dan saya sangat berbangga memakai lilitan ini dan berada di sini pada hari ini.”

“Saya sangat gembira dan sangat berterima kasih untuk segala-galanya,” sambung Lewandowski.

Poland dan juga Ukraine negara yang berjiran dan meiliki sejarah yang sangat baik dari segi diplomatik. Poland menerima lebih sejuta pelarian Ukraine sejaka Februari 2022 yang lalu, sebaik sahaja Rusia menggempur negara tersebut.

Sementara itu, Shevchenko mengucapkan terima kasih kepada Lewandowski kerana menerima hadiahnya.

Legenda AC Milan itu berkata lilitan lengan itu mewakili kebanggaan, kekuatan dan rasa dekat kepada Ukraine.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Robert atas segala yang telah dilakukannya untuk negara saya,” kata Shevchenko.

“Saya memberikan lilitan ini kepadanya, mewakili kebanggaan, kekuatan, dan rasa terikat dengan Ukraine,” tambah bekas pengendali skuad kebangsaan mereka itu.