Dalam Piala Dunia 2022 kali ini ramai peminat tertanya tanya tentang masa tambahan yang terlalu banyak diberikan pengadil.

Ada masa tambahan yang mencecah 14 minit diberikan oleh pengadil perlawanan.

Selepas 4 perlawanan berlangsung, 64 minit masa tambahan secara terkumpul telah diberikan pengadil. Masa tambahan itu agak banyak untuk 4 perlawanan pertama.

Ada beberapa perlawanan yang kebiasaannya ditambah 4 minit menjadi lebih 6 minit. Dan kemudian pengadil melanjutkan lagi masa tersebut jika ada unsur unsur melengahkan perlawanan.

Masa tambahan merupakan masa tambahan minimum diberikan pengadil untuk menamatkan perlawanan. Jadi mereka berhak melanjutkan lagi masa tersebut atas budi bicara.

Sebenarnya, masa tambahan yang banyak ini sudah dipraktikkan di Piala Dunia 2018 lagi. Cuma kali ini ianya dimaksimumkan lagi oleh FIFA.

FIFA mengesahkan bahawa mereka sudah memberikan taklimat kepada pengadil dan pegawai perlawanan mereka agar memaksimumkan waktu bermain dan memerangi sikap tiada semangat kesukanan dengan melengahkan perlawanan.

FIFA memberitahu peminat bahawa, mereka kini boleh menjangkakan bahawa masa tambahan enam, tujuh, atau lapan minit adalah perkara yang biasa. Jika sebelum ini, masa tambahan lebih 5 minit pastinya kerana ada insiden yang serius.

Oleh itu peminat akan menjadikan aksi bola sepak lebih 100 minit sebab norma baharu.

FIFA mahu memerangi budaya melengahkan perlawanan selepas menjaringkan gol secara habis habisan. Ini termasuk ketika melakukan pertukaran pemain. Di mana ada segelintir pasukan suka menggunakan prosedur penggantian pemain dengan mengambil kesempatan melengahkan perlawanan.

Selain itu prosedur rawatan, penalti dan VAR juga turut diambil kira. Dalam perlawanan yang ada penalti, pemain akan mengambil masa untuk melakukannya.

Ketua Pengadil FIFA, Pierluigi Collins berkata: “Kita mahu mengelakkan aksi cuma 42, 43 atau 44 minit sahaja.”

“Jadi masa yang digunakan untuk pertukaran, rawatan, penalti, keraian gol atau VAR semuanya agak digantikan.”

Seperti yang dijelaskan dalam perenggan sebelum ini, sebenarnya bermula daripada Piala Dunia 2018 lagi, masa tambahan lebih banyak ini diberikan pengadil.

Ramai peminat menerima baik langkah FIFA ini dan berharap ianya akan dipraktikkan di liga domestik selepas ini.