Atas beberapa faktor yang diambil kira, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah memutuskan bahawa setiap pasukan bertanding dalam kancah Piala Dunia 2022 di Qatar dibenarkan untuk mendaftarkan 26 orang pemain dalam senarai terakhir.

Keputusan yang dibuat badan induk bola sepak dunia itu menyaksikan penambahan tiga orang pemain apabila hanya 23 orang pemain sahaja dibenarkan untuk didaftarkan pada edisi-edisi sebelum ini.

Selain aspek COVID-19 pastinya menjadi perkiraan, FIFA juga melihat perubahan masa penganjuran tidak seperti kebiasaan yang mana bermula pada 21 November hingga 18 Disember juga menjadi penyebab kepada penambahan tersebut.

“Memandangkan keperluan untuk mengekalkan fleksibiliti tambahan kerana masa unik Piala Dunia FIFA 2022 dalam kalendar global, serta konteks yang lebih luas kesan gangguan disebabkan oleh pandemik COVID-19 ke atas pasukan sebelum dan selepas kejohanan, Biro telah memutuskan perkara berikut:

Wales menamatkan penantian 64 tahun untuk beraksi dalam Piala Dunia. Kredit Foto: FIFA World Cup

“Jumlah maksimum pemain dalam senarai awal yang dikeluarkan telah ditingkatkan daripada 35 kepada 55 orang.”

“Jumlah pemain yang akan dimasukkan dalam senarai akhir telah ditambah kepada sekurang-kurangnya 23 dan maksimum 26 orang.”

“Hari perlawanan terakhir di peringkat kelab untuk 23 hingga 26 pemain yang terpilih dalam senarai akhir ialah pada 13 November 2022.”

“Tidak lebih daripada 26 orang (15 pemain simpanan dan 11 orang pegawai pasukan yang mana salah seorang pegawai mestilah doktor pasukan) akan dibenarkan duduk di bangku simpanan pasukan,” tambah kenyataan dikeluarkan FIFA.

Sepak mula Piala Dunia 2022 bakal menyaksikan Senegal bertemu Belanda dalam saingan kumpulan A di Stadium Al Thumama. Dua lagi pasukan yang berada dalam kumpulan tersebut ialah tuan rumah, Qatar dan Ecuador.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Paul Pogba Sah Bakal Kembali Sarung Jersi Juventus

Zinedine Zidane Dedahkan Sebab Utama Tak Mahu Bimbing Man Utd

Piala AFC: Safee Sali Teringat Jaringan Menarik Ketika Bersama JDT Pada Tahun 2015

Sumber