Phil Foden menjadi satu satunya pemain yang gagal menjaringkan penalti  dalam aksi penentuan sepakan penalti. Akibatnya, juara bertahan, Manchester City tersingkir daripada Piala EFL buat kali pertama dalam tempoh lima tahun menerusi penentuan penalti berikutan keputusan seri 0-0 dalam masa sebenar,

Alphonse Areola melakukan beberapa penyelamatan penting ketika The Hammers mengecewakan City di Stadium London sepanjang 90 minit, memaksa perlawanan ke penentuan sepakan penalti untuk mencari pasukan yang akan mara ke suku akhir.

West Ham menjaringkan kesemua lima penalti mereka – Mark Noble menjaringkan gol penalti pertama dan Said Benrahma menjaringkan gol penalti terakhir.

Pasukan  bimbingan David Moyes akhirnya sah mara ke suku akhir, manakala kempen menakjubkan City dari 21 perlawanan dalam Piala Liga terakhir mereka berakhir.

Separuh masa pertama aksi kedua dua pasukan agak hambar, dengan Nathan Ake gagal menanduk bola, yang merupakan peluang terbaik  sebelum rehat.

City  bergelut teruk sekali untuk mencipta peluang menentang pasukan West Ham yang degil.

Sejurus selepas perlawanan dimulakan semula, Ilkay Gundogan juga mempersia siakan peluang keemasam.

Areola kemudian dipaksa melakukan penyelamatan sebanyak tiga kali dalam masa dua minit ketika dia menyelamatkan ancaman daripada Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne dan kemudian menghasilkan hadangan yang hebat untuk menepis tandukan John Stones dari jarak dekat.

Penjaga gol The Hammers berada di prestasi terbaiknya dan meletakkan nasib pasukan di tangannya.

Sterling dan Foden juga memiliki peluang keemasan untuk mewaskan Areola namun gagal.

City terpaksa akur dan tersingkir daripada peringkat 16 akhir.