Manchester City lawan Chelsea dalam aksi awal Piala Carabao musim ini.

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City akan menentang naib juara Piala Carabao musim lalu, Chelsea dalam pusingan ketiga pertandingan tersebut di Stadium Etihad.

Chelsea memulakan liga musim ini dengan agak goyah. Di mana mereka kalah 3-0 di tangan Leeds United pada baru baru ini.

Manchester City masih tak kalah selepas 3 perlawanan. Dengan perlawanan terakhir mereka berjaya mengelakkan kekalahan di tangan Newcastle.

Perlawanan Manchester City lawan Chelsea adalah satu daripada tujuh perlawanan Liga Perdana, dengan yang lain termasuk Nottingham Forest lwn Tottenham.

Di mana Nottingham adalah pasukan yang paling banyak membeli pemain pada musim ini selepas kembali semula ke liga utama.

Satu lagi perlawanan melibatkan sesama pasukan Liga Perdana Inggeris adalah Manchester United menentang Aston Villa. Skuad bimbingan Erik Ten Hag bangkit daripada permulaan buruk 2 kekalahan dengan kemenangan yang cemerlang ke atas musuh tradisi mereka Liverpool.

EPL: Manchester United Tewaskan Liverpool, Ten Hag Nikmati Kemenangan Pertama Yang Bermakna

Jadi semangat berkobar kobar pasukan bimbingan Erik Ten Hag itu sudah pastinya penting dalam usaha mereka memburu trofi pertama dalam 5 tahun.

Ten Hag

Sementara itu, Juara bertahan Piala Carabao, Liverpool akan menjadi tuan rumah kelab Liga Satu Derby County.

Manakala pasukan Liga Dua Newport County dan Gillingham masing-masing akan bertandang ke Leicester City dan Brentford.

Pendahulu Liga Perdana, Arsenal akan menentang Brighton.

Skuad bimbingan Mikel Arteta itu dalam mood yang sangat baik. Menjadi satu satunya pasukan yang menang 100% di EPL musim ini selepas 3 perlawanan pertama.

Wolves akan melayan kunjungan daripada Leeds United.

Sementara itu, pasukan bimbingan Eddie Howe, Newcastle United pula akan menentang Crystal Palace.

Bournemouth akan turun menentang sebuah lagi pasukan Merseyside iaitu Everton bimbingan Frank Lampard.

Perlawanan pusingan ketiga akan berlangsung dari 8-10 November.

Cabutan penuh:

Leicester lwn Newport County

West Ham lwn Blackburn

Wolves lwn Leeds

Nottingham Forest lwn Tottenham

Manchester United lwn Aston Villa

Bournemouth lwn Everton

Liverpool lwn Derby

Burnley lwn Crawley

Bristol City lwn Lincoln

Manchester City lwn Chelsea

Stevenage lwn Charlton

MK Dons lwn Morecambe

Newcastle lwn Crystal Palace

Southampton lwn Sheffield Wednesday

Arsenal lwn Brighton

Brentford lwn Gillingham

Baca juga artikel:

Keraian Pemain Portimonense Ini Undang Kontroversi, Kenapa Dia Melakukannya?

FA Benin Mahu Tukar Nama Gelaran Tupai Kepada Binatang Lebih Ganas

EPL: Manchester City Seri Dengan Newcastle Di St James’ Park