Arsenal berkunjung ke Anfield untuk kali kedua dalam minggu ini.

Dan kali ini dalam tugasan Piala Carabao. Skuad bimbingan Mikel Arteta sebelum ini tewas dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Pastinya mahu membalas dendam kekalahan itu di dalam saingan Piala Liga.

Liverpool melakukan beberapa pertukaran untuk berdepan dengan The Gunners kali ini. Arsenal menurunkan Gabriel Magalhaes dan Rob Holding di pertahanan tengah.

Pemain termahal kelab, Nicolas Pepe bergandingan dengan Eddi Nketiahn dan Joe Willock.

Liverpool sekali lagi tampil sebagai pasukan yang lebih dominan dan mencipta banyak peluang gol.

Namun masalah utama Liverpool adalah Bernd Leno. Liverpool tiada jawapan kepada ketangkasan Bernd Leno di gawang Arsenal.

Secara keseluruhan Leno melakukan 7 saves dalam perlawanan ini.

Menafikan beberapa peluang keemasan Liverpool termasuk dari Diogo Jota dan juga Virgil Van Dijk.

Adrian turut melakukan aksi saves di gawang Liverpool namun tidak sesibuk Leno.

90 minit berakhir dengan keputusan seri 0-0, dan perlawanan terus masuk ke penentuan penalti.

Dalam penentuan penalti, Arsenal sekali lagi menewaskan Liverpool, sebagaimana aksi dalam Perisai Komuniti sebelum ini.

Arsenal terlebih dahulu gagal menjaringkan penalti menerusi Elneny. Namun Leno terus menafikan percubaan oleh Divock Origi.

Dalam ‘sudden death’, Liverpool tewas selepas Harry Wilson gagal menewaskan Leno, dan Joe Willock menyempurnakan penalti untuk Arsenal.

Dengan kejayaan ini, Arsenal mara ke suku akhir Piala Carabao musim ini.

Mikel Arteta terus membuktikan kualiti beliau dalam pertandingan piala. Musim lalu Arteta membawa Arsenal menjuarai Piala FA.

Arsenal akan berdepan Man City dalam suku akhir.

Baca juga perkembangan lain

‘Nigeria Lebih Perlukan Saka Berbanding England’

Manchester United Mulakan Rundingan Dapatkan Ousmane Dembele

Mourinho Tembak Lampard: “Masa Ketinggalan 3-0 Hari Tu Kau Duduk Saja”

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group