Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Dua gol daripada Diogo Jota membolehkan Liverpool melaju ke final di Wembley menentang Chelsea.

Arsenal menurunkan kesebelasan terkuat yang mereka ada. Thomas Partey yang baru tiba kira kira 7 jam sebelum perlawanan, turut berada di dalam senarai pemain simpanan.

Arsenal menerima perkhabaran gembira apabila kesemua pemain utama mereka cergas daripada kecederaan. Sementara itu Odegaard turut pulih daripada covid.

Jurgen Klopp membuat kejutan apabila merehatkan Alisson yang menjadi penyelamat mereka dalam perlawanan pertama.

Seterusnya penyerang saya muda, Kaide Gordon turut diberikan tempat dalam kesebelasan utama.

Arsenal bermula dengan sangat baik. Menjadi pasukan yang sangat dominan pada 18 minit pertama perlawanan.

Liverpool hampir berjaya di hadapan apabila Fabinho menanduk bola sepakan penjuru Trent Alexander Arnold yang kemudian disudahkan oleh Joel Matip. Tetapi ofsaid.

Alexandre Lacazette turut hampir menjaringkan gol menerusi sepakan percuma luar kotak penalti yang terkena palang selepas ditepis oleh Kelleher.

Gabriel Martinelli menjadi ancaman utama Liverpool dan menyusahkan Trent Alexander Arnold.

Malangnya, Arsenal sangat tumpul di hadapan gol. Mereka akhirnya dihukum oleh Liverpool menerusi Diogo Jota.

Jota terlalu mudah menewaskan Tomiyasu yang tergelincir. Jota kemudian memperdaya Aaron Ramsdale dengan percubaan leret yang tak dapat dijangka.

Pada separuh masa kedua, Liverpool mulai mendapatkan rentak mereka. Arsenal tetap memiliki peluang keemasan menerusi Alexander Lacazette. Namun percubaannya tak tepat.

Liverpool sekali lagi menjaringkan gol menerusi Diogo Jota. Berpunca daripada Martinelli yang terjatuh dah kehilangan bola. Trent Alexander Arnold terus melakukan hantaran cantik ke arah Jota.

Pemain antarabangsa Portugal itu melakukan dadaan yang kemas dan menewaskan Ramsdale dengan sungkitan.

Tetapi penjaga garisan mengangkat bendera ofsaid. VAR kemudian campur tangan dan memberikan gol itu untuk Liverpool.

Jota meneruskan rekod cemerlangnya ke atas Arsenal.

Arsenal memasukkan Thomas Partey yang baru tiba dari Afcon. Malangnya dia tak berada dalam mentaliti yang terbaik dan mendapat 2 kad kuning lalu dibuang padang selepas melakukan terjahan kotor ke atas Fabinho.

Tamat perlawanan, Arsenal 0 Liverpool 2. Liverpool mara secara agregat 2-0. Liverpool akan berdepan dengan Chelsea di Wembley dalam aksi final.